Jakim, SKMM tidak serius tangani penghina Islam

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak serius menangani isu penghinaan terhadap agama Islam.

Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa, merujuk tindakan individu mengguna nama ‘Makcik Hajjah Sitt Al- Wuzara’ yang menghina Islam di blog dan laman sosial Facebook, tetapi masih tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Kalau ia boleh (terus) dilakukan, kita takut ada pula yang mengambil tindakan yang sama, menghina agama lain,” kata Fariz ketika sidang media pagi ini di Kelab Shah Alam, Selangor.

SKMM hanya bertindak menghalang akses kepada laman blog itu namun gagal mengambil sebarang tindakan terhadap individu tersebut, selepas beberapa laporan dibuat.

Menurut Fariz, Jingga 13- sebuah NGO yang menggabungkan blogger pro Pakatan- melihat tindakan SKMM menyekat laman web biadap itu sekadar “melepaskan batuk di tangga”.

“(Ini) kerana lebih banyak lagi medium-medium Internet lain terus dibina untuk menghina dan mencaci Islam,” kata Fariz.

Siasatan Jingga 13 mendapati individu berkenaan menggunakan platform rangkaian sosial Google Plus dan akaun Facebook dan Twitter baru untuk terus menghina agama Islam.

Justeru, beliau mendesak Jakim dan SKMM mengambil sikap lebih tegas dan tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan dan pendakwaan.

“Isu bersifat politik diutamakan. Seperti blogger Hanief, ditangkap dengan segera. Namun, isu yang menggugat akidah umat Islam dan perpaduan kaum dikesampingkan,” kata Fariz.

Menurut Fariz, Jakim enggan menerima memorandum berhubung perkara itu ketika mereka berkunjung jabatan itu untuk mengetahui hasil siasatan semalam.

Ia katanya jelas bertentangan dengan komitmen yang pernah diberi Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekitar 29 Mac dahulu sewaktu laporan pertama dibuat.

Beliau seterusnya mendesak Jamil Khir meletakkan jawatan kerana berbohong dan gagal menangani perkara ini, termasuk membawa individu berkenaan ke muka pengadilan.

“Jamil Khir berbohong kepada rakyat berkenaan kenyataannya sebelum ini.  Beliau hanya seorang Menteri bertopengkan agama. Kita percaya perkara ini semakin parah. Beliau perlu meletak jawatan kerana gagal menangani perkara ini. Maruah Jakim perlu dikembalikan,” kata Fariz.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s