Salam Maal Hijrah 1435H

maal hijrah 1435

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H

Setahun berlalu dengan pelbagai peristiwa dan sejarah telah kita catatkan. Sebagai manusia pastinya setiap kali tahun baharu muncul akan ada pengharapan untuk kebaikan.  Begitulah gambaran Hijrah yang tercatat di zaman khalifah Islam ke 2 waktu itu, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab. Seorang pemimpin yang berperibadi tinggi, berhemah dalam pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat. Tegas dan adil menjalankan tanggungjawab.

Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab semasa pentadbirannya menekankan dan menggalakkan kegiatan keilmuan dan pendidikan, mengukuhkan perundangan, ekonomi dan sosial. Baginda adalah wajar dijadikan contoh kepimpinan dalam kerangka memartabatkan agama dan membina bangsa di Malaysia. Insya Allah

Ayuhlah kita semua menerapi semangat kepimpinan baginda yang mengutamakan hak dan kebajikan rakyat. Kita laksanakan tatakelola pentadbiran yang adil dan amanah. Justeru semangat Hijrah ini dapat dimaknai dan dinilai dengan keikhlasan dalam menjalankan tugas harian. Maka tidak akan timbul pengkhianatan kepada semua pemegang amanah.

Oleh yang demikian, KEADILAN menyeru kepada seluruh warga Malaysia sempena tahun baharu Hijrah ini agar kita semua terapkan dalam kehidupan dengan semangat politik nilai yang menzahirkan kepimpinan yang dihormati.

Salam Maal Hijrah 1435.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden

Parti KEADILAN Rakyat

This entry was posted in KEADILAN and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Salam Maal Hijrah 1435H

  1. Dziyah Shaari berkata:

    Insyallah tahun Hijrah ini, akan membawa serta memberi sinar yang lebih kearah kecermelangan ditahun-tahun mendatang. Semoga bermula tahun Hijrah dengan ” kejayaan di Sg. Limau” menjdi trade mark untuk langkah- langkah selanjutnya. Semoga PKR / PAS laksana ” kaum Ansar dan Kaum Muhajirin” di awal-awal “Pembentukkan Perlembagaan Kota Madinah, Zaman Rasulullah S.A.W”. Selaku Presiden PKR, saya hanya mampu mendo’akan semoga Allah sentiasa ” membela, memelihara dan memberi Taufik-Hidayah _Innayah DSDWAWI sekeluarga serta rakan2 seperjuangan” membawa “Bahtera Kemerdekaan Rakyat Malaysia” sebagaimana Allah telah memberi ” Baraqah dan Keberkatan Kota Madinah sehingga terkini ” Amieen Yaa Rabbal ‘A Lamieen!!!

    Fauziah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s