RM10,000 bantu SRA Sg Kantan baiki lantai & surau

KAJANG, 25 MAC: Kedaifan Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Kantan mendapat perhatian Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam lawatan itu, Wan Azizah menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 untuk pembinaan lantai dan ruang solat para pelajar.

“Ini tempat belajar anak-anak kita namun keadaannya daif dan perlu dinaik taraf dari segi infrastruktur.

“Tempat solat yang ada sekarang tidak selesa dan menyebabkan pelajar terkena tempias hujan,” katanya dalam sidang media.

Selain SRA Sungai Kantan, Wan Azizah turut berkesempatan meninjau Sungai Sering di Kampung Batu 10 yang kadang kala dilanda banjir kilat.

“Kita akan menilai dan memohon peruntukan untuk naik taraf jambatan selain meminta kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi penyelenggaraan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut melawat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan bantuan dan perhatian, Hamzah Abu dari Kampung Batu 10 dan Rohaizan dari Taman Kantan Permai.

Hamzah kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan sementara isterinya uzur serta anaknya menghidap angin ahmar.

Sementara itu, rumah Rohaizan retak teruk akibat mendapan di kawasan perumahannya yang berlaku sejak tahun 2010.

“Saya akan panjangkan isu ini kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
-BERITA SELANGOR-

20150325_120844

20150325_121217

20150325_123534

20150325_123622

20150325_123842

20150325_125719

20150325_125846

20150325_131940

20150325_132103

This entry was posted in KEADILAN. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s