Dari Meja Presiden

Paku Dulang, Paku Serpih

Nampaknya selepas lebih sedekad, politik fitnah dan tohamahan gaya era Tun Dr Mahathir Muhamad masih juga berlangsung. Mantan PM itu, seperti yang dilaporkan besar-besaran oleh satu-dua media perdana khususnya Utusan Malaysia, mendesak agar Ketua Pembangkang, saudara Anwar Ibrahim bersumpah yang Anwar tidak mengambil pinjaman daripada Bank Dunia.

Sejak September 1998, Anwar terus dituduh sebagai “agen Barat” selingkar isu sama. Kata-kata sedemikian semata-mata tuduhan yang cuba dipopularkan di kalangan rakyat, tanpa apa-apa bukti. Kenyataan di sebalik tuduhan itu, adalah sebaliknya.

Menurut laporan Bank Dunia, tatkala Malaysia bergelut dengan krisis ekonomi 1997-98, mantan PM ke-4 itulah yang membuat tiga kali pinjaman. Ketika itu, Anwar merengkok di dalam penjara.

Dalam rekod sama seperti yang didedahkan Keadilan hujung minggu lalu, kerajaan Malaysia pada bulan Mac 1999—selepas Anwar dipenjara—membuat tiga kali pinjaman besar. Pinjaman tersebut diklasifikasikan untuk “Projek Bantuan Teknikal Tahun 2000”, “Projek Sokongan Sosial” dan “Projek Sokongan Sektor Pendidikan”.

Kali akhir Malaysia membuat pinjaman ialah pada Jun 1998 dan lama sebelumnya iaitu pada Ogos 1995. Ketika itu Anwar merupakan Menteri Kewangan dan selepas Malaysia mencapai kemajuan memberansangkan, beliau memberhentikan segala bentuk pinjaman daripada agensi kewangan antarabangsa termasuklah Bank Dunia yang dimulakan sebelum beliau lagi.

Begitu mudahkah mantan PM ke-4 itu terus berbohong? Dengan pendedahan ini serta banyak bentuk-bentuk pendedahan sebelum ini pun, namun tidak usahlah diharap ada di kalangan pemimpin pemerintah yang berkuasa itu akan insaf serta membetulkan ketelanjuran lalu. Percayalah, mereka akan terus berdalih.

Sedangkan Anwar dipenjara 6 tahun tanpa apa-apa kesalahan pun tidak menjadikan mereka insaf. Sang penguasa menganggap semua pembohongan adalah ‘strategi politik yang bijak’. Mereka juga bertanggapan, rakyat akan memaafkan mereka dengan mudah. Ya, mereka sebenarnya silap.

Amalan politik fitnah yang dilatari dengan politik sempit perkauman sedemikian sudah cukup merugikan negara. Fakta dimanipulasi sehingga begitu banyak masa terpaksa dihabiskan demi memperbetulkan keadaan.

Bayangkan sahaja kalau masa berkenaan digunakan untuk membangunkan negeri dan rakyat… alangkah lebih baik! Atas sebab itulah, Keadilan dan Pakatan Rakyat lebih berminat untuk membawa rakyat dan negara ke hadapan daripada hanya terjerut dengan politik intrik dan fitnah ala elit Umno dan BN.

Lalu apakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini boleh menafikan bahawa selepas partinya hilang begitu banyak kerusi dan kuasa di lima negeri, kerajaan tidak ada membuat pinjaman lagi kepada Bank Dunia? Rekod tertera pinjaman terbaru yang dibuat kerajaan Malaysia ialah pada Jun 2008.

Pinjaman yang dibuat adalah atas keperluan yang dipanggil sebagai “Projek Mengkompos Kota Kinabalu-CF-MY” dan statusnya masih “aktif”. Maknanya ia masih dalam proses pembayaran balik dan dijangka berakhir pada penghujung Disember 2016. Dalam kata lain, Malaysia masih mempunyai hutang dengan Bank Dunia sekurang-kurangnya untuk lima tahun ke hadapan.

Tidak perlulah mengata dulang paku serpih. Sebagaimana pengalaman di negeri-negeri Pakatan Rakyat, akhirnya kerajaan Pakatan Rakyat jualah yang dilihat akan melangsaikan hutang-hutang besar selepas wang dan kekayaan negara dibolot pemerintah dan elit penguasa yang durjana.

Dr Wan Azizah Ismail

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Dari Meja Presiden. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s