Dari Meja Presiden : Di Sebalik Belanjawan 2012 Selangor

Menteri Besar Selangor menempa sejarah kegemilangan apabila mengumumkan bahawa setakat September 2011 simpanan negeri mencecah RM1,200 juta; jumlah tertinggi pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. Belanjawan Negeri Selangor 2012 juga adalah terjemahan kepada pentadbiran reformasi yang dijanjilkan kerajaan Pakatan Rakyat apabila memerintah negeri tersebut 4 tahun lalu.

Ketika negeri-negeri lain, khususnya negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) terus mengalami defisit dan hutang yang tinggi, Selangor pula berjaya membentang belanjawan seimbang. Dengan peruntukan RM1.6 bilion dari kumpulan wang yang disatukan, bermakna ini adalah belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan di Selangor; peningkatan hampir RM400 juta berbanding tahun lalu.

Ini ditambah pula dengan Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan hasil dari bayaran dividen anak-anak syarikat, hasil kutipan hutang lapuk kerajaan dan menyusun semula nilai premium tanah-tanah di seluruh negeri. Ini bermakna jumlah keseluruhan Belanjawan Selangor 2012 adalah RM1.9 billion, satu jumlah yang cukup besar untuk dinikmati rakyat negeri Selangor.

Ketika membentangkan Belanjawan tersebut kita juga dikejutkan dengan berita bahawa ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008, wakil-wakil rakyat Umno-BN telah menghabiskan sepenuhnya peruntukan untuk tahun berkenaan. Patutlah mereka begitu yakin bahawa Selangor akan bankrap dalam tempuh 8 bulan. Alhamdulillah, dengan kecekapan dan sifat beramanah pimpinan Pakatan, Selangor bukan sahaja boleh bertahan, malah dapat bangkit daripada beban kewangan yang ditinggalkan.

Saya mengikuti rapat perbahasan Belanjawan di Dewan Undangan Negeri Selangor. Jenaka juga apabila ada YB-YB Umno yang bangkit dan mengulangi Selangor akan bankrap tahun hadapan akibat belanjawan yang diumumkan Tan Sri Khalid.  Ironinya tidak pula mereka berasa gusar apabila Kerajaan Persekutuan Umno-BN telah gagal membentangkan belanjawan seimbang selama 13 tahun berturut-turut.

Kejayaan Selangor bukan datang dengan mudah, sebaliknya memerlukan kekuatan politik untuk melakukan urus tadbir yang cekap, amanah dan efisyen. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui dan kita masih ingat pada peringkat awal, betapa sukarnya Selangor mahu melaksanakan “program pemberian air percuma”. Perjanjian konsesi air yang dimeterai kerajaan UMNO BN, tidak langsung menguntungkan pihak Negeri. Seraya dikira-kira, kerajaan negeri melihat ada aset negeri yang tidak dihitung ketika penyerahan konsesi kepada syarikat kroni. Aset-aset tersebut kini bernilai tidak kurang dari RM12 bilion.

Dalam bahasa mudah, untuk tempuh tidak sampai 4 tahun, rakyat Selangor mempunyai kekayaan asset air berjumlah RM12,000 juta, situasi yang tidak pernah terfikir oleh mereka sebelum ini. Kejayaan memberi air percuma adalah contoh di mana tadbir urus yang beramanah, berjimat akhirnya memberi nikmat kepada rakyat.

Selain program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diperkenalkan, banyak tambahan program telah dilaksanakan antaranya Jom Shopping bagi warga emas. Program ini tidak terhad bagi warga usia emas di Selangor sahaja, namun turut dirasai oleh warga emas di KL di mana dahulu mereka adalah warga negeri Selangor.

Belanjawan  2012 ini juga dikenali sebagai Belanjawan Reformasi kerana Geran Selangorku berjumlah RM300 yang diumumkan Menteri Besar adalah hasil pentadbiran bersih tanpa rasuah yang diamalkan Pakatan Rakyat sejak 4 tahun yang lalu. Ianya lebih berupa hadiah kepada rakyat Selangor bagi kehidupan jangka panjang. Daripada geran tersebut, sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan untuk program gaji minima RM1,500 bagi pekerja anak-anak syarikat negeri dan Selangor menjadi negeri pertama melaksanakannya. RM10 juta untuk melebarkan informasi rakyat dan pendedahan rakyat kepada maklumat. RM3 juta telah diperuntukkan kepada usaha membasmi rasuah dan RM 5 juta lagi diperuntukkan kepada usaha meningkatkan tahap demokrasi dan pilihanraya yang bersih di negeri Selangor. Manakala RM30 juta diperuntukkan untuk memperkasakan wanita dan RM30 juta untuk membantu usahawan muda dan golongan belia.

Belanjawan ini adalah yang terbaik pernah dibentangkan; mencakupi setiap segmen masyarakat, menjangkaui gender, warna kulit mahupun fahaman politik dan kepercayaan agama. Kita tidak perlu memperolehi ijazah dalam jurusan ekonomi untuk menilai belanjawan ini sebagai belanjawan rakyat; Belajawan Reformasi.

Rakyat Selangor harus berbangga apabila jumlah besar yang diperuntukkan ini tidak sedikitpun diperolehi atas ikhsan Kerajaan Persekutuan. Berbeza dengan belanjawan Persekutuan, Selangor berbelanja mengikut hasil yang berjaya dikutip dan tidak dengan berhutang. Kini terserah kepada rakyat baik di Selangor mahupun negeri-negeri lain untuk menilai prestasi kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Saya yakin andai maklumat yang tepat sampai ke bawah pastinya rakyat dapat membuat penilaian adil, nescaya tidak mungkin Umno-BN akan menjadi pilihan di dalam pilihanraya akan datang. Benteng terakhir Umno-BN ialah jentera media yang dimiliki mereka untuk menutup fakta. Ayuh.. kita pecahkan benteng mereka; sebarkan maklumat benar kepada rakyat, nescaya berkuburlah UMNO-BN.

 Tahniah Selangor!

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Dari Meja Presiden. Bookmark the permalink.

One Response to Dari Meja Presiden : Di Sebalik Belanjawan 2012 Selangor

  1. richard berkata:

    selamat berjuang sahabatku…hari ini saya dengar datuk bebas dari tuduhan..semoga ini awal yang baik umtuk terus berjuang……salam dari indonsesia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s