Selangor laksana gaji minima RM1,500

Keadilan Daily

SHAH ALAM 9 Nov: Kerajaan negeri Selangor  melaksanakan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan bermula tahun depan, dalam usaha menterjemah dasar itu yang diperjuang Pakatan Rakyat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Belanjawan 2012 yang dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Menurut Khalid, pelaksanaan gaji minima itu dijalankan menerusi peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta.

Bagi syarikat milik kerajaan negeri, katanya, gaji minima akan diperkenalkan pada kadar RM1,500 gaji kasar.

“Ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide,” kata Khalid.

Bagi syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, kata Khalid, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menampung kos untuk dasar ini.

Menurut Khalid, kerajaan Selangor akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minima.

“Hasrat sebenar bukanlah untuk menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang berpendapatan rendah.

“Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan mereka tidak lagi bergantung kepada pemberian pada masa akan datang tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk bersaing dan boleh diguna untuk mencapai gaji yang lebih baik,” kata Khalid

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

2 Responses to Selangor laksana gaji minima RM1,500

  1. zul kg gajah berkata:

    tahniah !! terus agih kek ekonomi untuk rakyat. Semoga rakyat negeri lain melihat caragaya PR memerintah. Islam amat menintikberatkan golongan mustadaffin ini tanpa mengira agama.

  2. Roszeli berkata:

    Tahniah kjaan Selangor…Langkah awal yang mendahului pelaksanaan diperingkat kerajaan pusat…namun begitu kaum pekerja perlu difahamkan bahawa KUASA untuk mengujudkan Gaji Minimum Kebangsaan merangkumi seluruh sektor pekerjaan adalah dibawah KUASA PARLIMEN sesebuah negara dan bukan di Dewan Negeri yg terletak dalam pengurusan negeri. Dalam konteks kjaan Msia, Akta Majlis Konsultasi Gaji Negara telah di luluskan parlimen pada tahun ini dan kini pekerja semua sektor masih menunggu pengumuman rasmi PERLAKSANAAN GAJI MINIMA spt yang telah digembar gemburkan akan dilaksanakan seawal Nov ttp ianya sepi sahaja. Menjadi persoalan kepada kaum pekerja negara bila sesi pembentangan budget 2012 lansung tidak menyentuh hal ini. No more rhetoric and no more political games. Just implement minimum wage!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s