50 Peratus Hutang Alam Flora Berjaya Diselesaikan PBT

TV Selangor

SHAH ALAM, 9 NOV : Sebanyak 50 peratus hutang berjumlah RM90 juta kepada Alam Flora telah berjaya diselesaikan semua Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sehingga 3 Oktober.

Adun Pandamaran, Ronnie Liu ketika menjawab soalan Adun Sungai Pelek,Yap Ee Wah berhubung jumlah tunggakan hutang yang belum dijelaskan kepada Alam Flora berkata, pembayaran hutang akan diteruskan sehingga selesai.

“Mengikut rekod, tunggakan PBT kepada Alam Flora berjumlah RM90 juta. Semua PBT masing-masing mengambil langkah membayar hutang dan sehingga 3 Oktober, sebanyak 50 peratus telah dibayar oleh PBT kepada Alam Flora.

“Usaha untuk membayar akan diteruskan dan dalam masa yang sama Alam Flora juga berhutang kepada PBT. Mereka membeli peralatan dan sebagainya tapi masih tidak menjelaskan hutang,” katanya.

Jelas beliau, sepanjang pengambilalihan pengurusan sisa pepejal mendapat reaksi yang positif dari pihak PBT dan penambahbaikan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Pihak MBSA menyatakan, melalui perkhidmatan ini, pihak PBT dapat memantau secara terus dan aduan dapat dikurangkan. Majlus Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ berkata, keberkasanan perkara ini dapat memudahkan sebarang bantuan dan tindakan percegahan.

“Majlis Perbandaran Klang, MPK pula telah menambah tempoh kutipan sampah dari 3 hari kepada 4 hari untuk perumahan dan sementara untuk komersil, dahulunya sehari sekali telah ditambah menjadi dua kali sehari. Secara keseluruhannya dalam kawalan yang baik dan akan terus diperbaiki,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri tidak akan campur tangan berhubung isu status pekerja yang bernaung di bawah Alam Flora.

Katanya, kerajaan negeri menasihatkan PBT supaya menyerap semua pekerja dibawah Alam Flora dan setakat ini tidak ada sebarang kontraktor yang dipecat sehingga tempoh transisi yang berakhir pada 31 Disember 2011.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s