GST: Rakyat dipaksa bayar cukai dua kali- Wiliam Leong

KUALA LUMPUR 8 Nov:  Perlaksanaan GST sekiranya diluluskan dalam perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan pada sesi parlimen November ini akan memberi impak besar kepada pendapatan rakyat Malaysia.

Cukai baru ini akan dilaksanakan bersama cukai pendapatan sedia ada dan menyebabkan lebih banyak wang diambil daripada rakyat.

Bendahari agung KEADILAN Wiiliam Leong Jee Keen berkata, GST akan mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat pada ketika kerajaan tidak membenarkan kenaikan gaji dan upah di kalangan pekerja.

“GST amat tidak adil kerana cukai itu akan dikenakan sama kadarnya kepada orang miskin mahu pun yang kaya. Sistem cukai yang progresif mengenakan lebih cukai kepada yang mampu membayar lebih sahaja. Golongan miskin sepatutnya dikenakan cukai yang rendah.

“Bagaimana orang miskin makan sepinggan nasi berharga RM5 dikenakan cukai 5 peratus dan orang kaya juga akan diminta bayaran yang sama?

“Setiap orang yang dikenakan GST juga akan dikenakan cukai pendapatan. Mereka membayar cukai dua kali. Bagi orang kaya itu tidak mengapa, tetapi bagaimana pula orang miskin?

“Kerajaan juga tidak menaikkan kadar gaji dan upah. Sepatutnya tingkatkan pendapatan supaya rakyat boleh berbelanja lebih. Bagi saya dasar kerajaan BN ini tidak sesuai sama sekali,” katanya yang juga ahli parlimen Selayang pada Suara Keadilan.

GST, menurut William,  akan mencukai semua pergerakan rakyat daripada perbelanjaan yang paling murah sehinggalah yang paling mahal.

Tidak ada yang akan telepas kecuali perkhidmatan tertentu yang dikecualikan cukai seperti perubatan di hospital kerajaan dan sebagainya.

Mengenai hujah BN, GST akan menarik pelaburan dalam dan luar negara kerana faktor cukai yang lebih rendah, beliau menolak alasan itu kerana sektor korporat telah pun diberi pelbagai pengecualian cukai dan insentif yang menguntungkan.

“Jika hanya untuk menarik pelaburan asing mengapa perlu membebankan rakyat? Pelabur asing telah pun diberi pengecualian cukai selama 12 tahun. Selepas 12 tahun mereka memindahkan pula pelaburan ke Vietnam untuk menikmati insentif serupa. Bilakah mereka akan dicukai?

“Kegagalan kerajaan mengutip cukai dari sektor industri ini tidak sepatutnya dibebankan kepada rakyat biasa untuk menanggungnya,” kata William lagi.

Menurut sumber, GST dijangka akan menambah kira-kira RM10 bilion pendapatan tambahan kerajaan sekiranya dilaksanakan.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s