MTUC: Usah usik Akta Kerja, guna undang-undang lain kawal kontraktor pekerja

Oleh G Manimaran
October 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) terus membidas tindakan kerajaan meminda Akta Kerja 1955 sambil menegaskan, Kementerian Sumber Manusia boleh menggunakan undang-undang lain jika benar-benar mahu mengawal selia sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Dengan menekankan pindaan semasa yang memberi ruang formal kepada penggunaan pekerja menerusi sistem kontraktor dan penyumberan keluar modal insan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan deklarasi Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO), Presiden MTUC Khalid Atan berkata, kerajaan patut menggunakan Akta Agensi Pengambilan Pekerja Asing 1981, bukannya meminda Akta Kerja yang wajar melindungi kepentingan pekerja.

Tegas Khalid(gambar), perkembangan itu juga menunjukkan satu strategi yang akan menafikan keperluan menyediakan satu persekitaran tempat kerja yang munasabah dan adil bagi pekerja-pekerja negara ini.

“Kami percaya tindakan kerajaan ini melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan. Pada 1998, kerajaan telah menerima pakai deklarasi ILO mengenai prinsip fundamental dan hak di tempat kerja, tetapi tindakan ini (meminda Akta Kerja yang membolehkan sistem kontraktor bagi tenaga kerja) memperlihatkan percanggahan secara langsung,” kata Khalid dalam satu kenyataan.

Khalid mengulas pandangan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Rahim Zainal Seman dipetik oleh akhbar tempatan minggu lalu mempertahankan peruntukan itu – yang merupakan salah satu pindaan ke atas Akta Kerja.

MTUC bercadang mengadakan piket peringkat nasional berhubung pindaan Akta Kerja pada 3 November ini. Ia susulan kepada piket awal bulan ini.

Badan induk itu telah mengadakan piket pada 3 Oktober lalu di kawasan Parlimen tetapi gagal menyekat tindakan Kementerian Sumber Manusia membacakan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 kali kedua di Parlimen.

Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat awal bulan ini dan sedang menunggu untuk dibawa ke Dewan Negara.

Piket diadakan sebagai protes membantah tindakan Kementerian Sumber Manusia meneruskan bacaan kali kedua meskipun MTUC meminta agar ia ditangguhkan sementara waktu dan dibincangkan semula di peringkat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC).

Kementerian Sumber Manusia berkata terdapat kesatuan sekerja, terutama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perladangan (NUPW) mahu peruntukan itu disediakan bagi mengawal selia sistem kontraktor bagi tenaga kerja di negara ini khususnya membabitkan sektor perladangan.

Sehubungan itu kata Khalid, jika Menteri Sumbe Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam dan NUPW berhasrat mahu memastikan Jabatan Tenaga Kerja akan ada senarai yang lengkap tentang rekod kontraktor bagi tenaga kerja dan membolehkan pekerja-pekerja diberi perlindungan penuh, maka pihak berkenaan seharusnya menggunakan Akta Agensi Pengambilan Pekerja Asing 1981.

Khalid berkata peruntukan akta itu menyediakan ruang secukupnya untuk melindungi golongan tersebut.

“Akta 1981 ini memastikan bahawa kontraktor bagi pekerja kekal dengan peranan mereka sebagai penyedia pekerja dan bukan sebagai majikan sebagaimana digambarkan oleh timbalan perdana menteri (sebelum ini).

“Oleh itu, pindaan yang disyorkan oleh menteri bercanggah dengan matlamat Jawatankuasa Kabinet Bagi Pekerja-pekerja Asing dan Pekerja-pekerja Tidak Izin.  Ia juga jelas bahawa Kementerian Sumber Manusia tidak datang ke Parlimen dengan niat yang baik,” katanya lagi.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s