Hutang Negara RM437.2 bilion

KUALA LUMPUR 17 Okt: Sekurang-kurangnya Kerajaan Persekutuan berhutang RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Menerusi jawapan itu juga, dewan rakyat diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s