Bajet 2012: Pembayar cukai dilupakan

Malaysia Chronicle

Kami amat pasti bahawa ramai di antara kita telahpun membaca beberapa kandungan utama yang penting yang telah dikemukakan di dalam Bajet 2012 di parlimen baru-baru ini. Jadi, apa yang kita perolehi daripada itu?

Perkara pokok utama di dalam masalah ini adalah kita selaku rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang taat tidak menikmati sebarang jua manfaat yang dikemukakan di dalam Bajet 2012 baru-baru ini, biarpun ianya terdapat banyak “pemberian besar-besaran” namun, siapakah yang akan menampung segala perbelanjaan “pemberian besar-besaran” tersebut pada keseluruhannya? Boleh kita katakan kesemuanya akan dibiayai sepenuhnya oleh rakyat kita selaku pembayar cukai.

Sektor Awam dan Produktivitinya

Kita tengoklah, bertapa banyaknya manfaat dan faedah yang telah diberikan kepada para pegawai dan kakitangan kerajaan melalui Bajet baru-baru ini, di mana kita semua telahpun mengetahui bahawa sektor awam adalah merupakan majikan yang terbesar di negara ini dengan jumlah kakitangan yang jutaan lebihannya dan pada masa yang sama sektor awam masih mengambil kakitangan-kakitangan baru dengan alasan mereka masih “kekurangan” tenaga kerja yang diperlukan.

Dan walaupun sektor awam masih mengaji kakitangan-kakitangan baru yang begitu ramai sekali, mutu perkhidmatan atau produktiviti para kakitangan kerajaan masih tidak meningkat sehingga ke hari ini dan pada masa yang sama kos kerja lebih masa (overtime) juga telah meningkat dengan mendadak tanpa kawalan yang menyeluruh.

Sekali lagi, walaupun produktiviti sektor awam masih gagal dipertingkatkan sehingga kini, rakyat selaku pembayar cukai masih terpaksa menampung segala kos-kos kenaikan gaji-gaji, faedah, elaun dan sebagainya oleh kerana Akta Cukai Pendapatan memaksa kita berbuat demikian.  Apakah balasan terhadap kita selaku pembayar cukai yang taat? Yang kita dapat adalah kebanyakan daripada kita terpaksa menunggu berjam-jam pada setiap hari di kaunter perkhidmatan awam oleh kerana waktu rehat dan makan kakitangan awam yang begitu panjang sekali, makluman yang kurang memuaskan, kadangkala berlaku biadap terhadap para pelanggan ataupun pemohon sesuatu perkara dan sebagainya.

Projek Gajah Putih dan Pembaziran

Kita lihat contoh yang paling ketara baru-baru ini, iaitu pembinaan banyak hospital-hospital kerajaan di peringkat daerah di mana kita dapat lihat bangunan-bangunan tersebut telah direkabentuk dan dibina dengan begitu mewah sekali, ditambah pula dengan pelbagai kemudahan-kemudahan yang terkini, katil-katil yang banyak yang dijangka dapat menampung bilangan pesakit yang ramai dan sebagainya.

Akan tetapi amat berdukacita sekali bahawa hampir kesemua hospital-hospital daerah tersebut tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya dan para pesakit yang mengunjunginya seringkali dirujuk pula ke hospital-hospital pusat ataupun negeri yang penuh sesak sehingga para pesakit kebanyakan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapat rawatan.

Alasan tersebut adalah kerana kebanyakan hospital-hospita peringkat daerah ini tidak mempunyai tenaga pakar, doktor-doktor dan ubat-ubatan yang mencukupi bagi menampung pembanjiran pesakit-pesakit daripada daerah masing-masing, justeru daripada itu, terpaksa merujuk para pesakit ke hospital pusat atau negeri.

Kita tengoklah bertapa sedihnya hospital-hospital pusat dan negeri pada setiap hari di mana para pesakit dan pelawat terpaksa berasak-asak untuk mengunjungi hospital tersebut, tempat letak kereta pula senantiasa penuh dan wad-wad pesakit pula penuh pada setiap hari dan kadangkala kita juga dapat melihat para pesakit yang dirawat terpaksa dibiarkan begitu sahaja di lorong-lorong penjalan kaki di dalam hospital tersebut. Jelas, keadaan ini hampir menyerupai keadaan sebuah hospital di medan perang.

Sementara kita melihat hospital-hospital pusat dan negeri ini amat sibuk dan penuh sesak dengan para pesakit pada setiap hari, apakah yang terjadi kepada hospital-hospital daerah tersebut di kawasan masing-masing? Jelas, kesemua hospital daerah ini telah menjadi “gajah putih”. Dah dibina untuk diguna pakai oleh orang awam namun tidak dapat digunakan oleh kerana terdapat banyak kekurangan dari segi tenaga pakar, kedoktoran dan ubat-ubatan.

Produktiviti di hospital-hospital daerah yang telah menjadi “gajah putih”, apa yang ada? Kesemua kakitangan di sana tidak akan mempunyai kerja yang manfaat, tidak mendapat pengalaman yang secukupnya dan diakhiri pula dengan suasana yang senang-lenang serta “goyang kaki”.

Bantuan untuk isi rumah yang miskin?

Dakwa Bajet 2012 baru-baru ini, kerajaan pusat juga berjanji akan membantu isi-isi rumah yang berpendapatan rendah dengan sepenuhnya. Jadi, bolehkah kerajaan pusat tampil ke hadapan bagi membuktikan janji-janji tunai tersebut bagi membantu mereka-mereka yang berpendapatan rendah agar kita dapat menimbangkan untuk berterima kasih dengan pemberian tersebut.

Namun demikian, kita tidak perlu berterima kasihlah sangat walaupun kerajaan pusat dapat membuktikan pemberian bantuan tersebut kerana kadar inflasi di negara ini yang semakin meningkat saban hari.

Dan oleh kerana peningkatan inflasi pada setiap hari, pendapatan kita, walaupun yang berpendapatan tinggi, akan juga mendapati segala wang simpanan mereka akan kecut saban hari. Mereka yang kaya akan terus menjadi lebih kaya, sementara mereka yang sederhana terpaksa berketat dan mereka yang miskin akan terus menjadi lebih miskin sehingga melarat.

Rasuah dan salahlaku dalam sektor awam

Rasuah dan salahlaku di dalam sektor awam masih tinggi dan di dalam Bajet 2012 tersebut, langsung tidak ada langkah-langkah yang menyeluruh bagi membanteras gejala tersebut yang semakin berleluasa di dalam sektor awam. Ianya bukan sahaja terjadi di dalam pasukan polis, malah ianya juga amat meluas di dalam sektor awam yang lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), badan kehakiman, sistem tender dan kontrak kerajaan, agensi-agensi penguatkuasa kerajaan yang lain dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kita tengoklah, malah para pegawai SPRM sendiri turut melakukan rasuah dan salahguna kuasa, jadi bagaimana pula mereka ini akan dapat membanteras rasuah dengan berkesan?

Kebimbangan yang amat ketara di dalam kerajaan BN sekarang adalah pengambilan kakitangan awam dan GLC yang berlebihan dan berterusan, kerugian-kerugian yang berterusan di beberapa agensi kerajaan dan GLC yang tidak produktif, perolehan dan perbelanjaan yang berlebihan dan membazirkan, penutupan beberapa kes-kes penyelewengan dan skandal di dalam sektor awam yang amat ketara, perolehan dan pembelian peralatan pertahanan yang berlebihan dan tidak berfaedah, pemberian kontrak serta tender awam dan GLC yang begitu banyak kepada banyak kontraktor-kontraktor yang berkait rapat dengan BN dan Umno yang menawarkan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dan sebagainya, kesemuanya langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat jelata selaku pembayar cukai.

Jadi berkesankah Bajet 2012 yang dipelopori BN ini untuk rakyat jelata? Jawapannya adalah tidak ada sesiapa pun di antara kita akan merasai sebarang penambahbaikan dari segi pendapatan, penjimatan kos ataupun sebarang pencapaian yang menyeluruh.


About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s