Himpunan BERSIH 2.0: Suhakam mulakan inkuiri awam

Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH  2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.

NONEKenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.

“Saya mahu turun di stesen LRT Pasar Seni tetapi ia telah ditutup. Saya mengiringi teman wanita saya yang bekerja dengan media dan kami berjalan di Jalan Pudu menghala ke arah Maybank. Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dengan perhimpunan.

“Saya berpakaian kuning dan melihat sekumpulan orang yang memberi amaran bahawa gas pemedih mata sedang dilepaskan. Kami kemudiannya berlari menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana kami mendengar polis menjerit “Tangkap, tangkap!

“Kemudian saya lihat mereka menangkap seorang wanita Melayu dengan kasar. Kepalanya ditolak ke atas jalan raya,” dakwanya.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageMenurut saksi itu, teman wanitanya sempat merakamkan gambar-gambar kejadian itu tetapi  pihak polis dengan kasar dalam menolak kamera ke mukanya.

Chan juga mendakwa melihat beberapa anggota polis yang lain menendang seorang budak Cina di Jalan Pudu dan sempat merakamkan kejadian itu.

“Polis juga memberi amaran kepada kami supaya tidak mengambil gambar atau tidak kamera kami akan dipecahkan.

“Budak yang dibelasah itu membalas kata-kata anggota polis dan mereka menyerbunya,” kata saksi itu lagi.

Chan adalah saksi pertama memberi keterangan dalam siasatan Suhakam untuk menentukan sejauh mana kekerasan digunakan pada perhimpunan BERSIH itu.

NONEPanel tersebut diketuai oleh naib presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen.

Majlis Peguam diwakili oleh Roger Chan, dan Richard Wee manakala pihak polis pula diwakili oleh ASP N Rajagopal dan ASP Lim Chee Wah.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s