Keganasan Bersih: Menteri Dalam Negeri, KPN perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: KEADILAN mahu Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab terhadap keganasan yang dilakukan oleh polis dalam menangani perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.
Naib Presidennya, N Surendran berkata, sejumlah besar gas pemedih mata yang dilepaskan ketika kejadian boleh diklasifikasi sebagai jenayah dan cubaan membunuh.
“Kami menggesa menteri dalam negeri dan KPN mengambil tanggungjawab terhadap tindakan tidak mengikut undang-undang oleh anggota polis pada 9 Julai, dan kami menggesa Peguam Negara mendakwa pegawai terlibat tanpa mengira pangkat dan kedudukan,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri di parlimen hari ini yang menyatakan 262 kanister gas pemedih mata dan 36 bom asap dilepas kan ketika kejadian.
Selain itu, Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menyatakan kerajaan membelanjakan RM22,855.76 bagi tujuan tersebut.
“Keseluruhan tembakan sebanyak 262 kanister itu tidak mengikut undang-undang, tidak bertanggungjawab, semborono dan bahaya,” kata Surendran.
Beliau dalam masa sama juga menyifatkan polis diperguna untuk kepentingan politik BN bagi menggagalkan pergerakan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya bebas dan adil.
Pada 9 Julai lalu, berpuluh tembakan gas pemedih mata secara rambang dilepaskan di beberapa lokasi di ibu kota, termasuk ketika orang ramai berada di terowong KL Sentral.
Antara mereka yang berada di situ termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Dr Datuk Seri Wan Azizah Ismail, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Seorang pengawal Anwar, Fayadh Al Bakhry cedera akibat tembakan kanister gas dan terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan parah di muka, manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menerima jahitan di kepala.
“Tiada tindakan diambil terhadap Ketua Polis Brickfields ACP Wan Abdul Bari yang secara peribadi mengarahkan tembakan, atau terhadap anggota polis lain yang terlibat,” kata Surendran.
Jelasnya lagi, meskipun laporan polis dan permintaan untuk tindakan diambil kepada mereka yang bersalah, namun sehingga kini Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri masih bersikap membisu.

This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s