PSC wujud atas desakan Bersih, rakyat

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memainkan peranan penting sehingga kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya seperti yang diusulkan di Parlimen hari ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan juga mesti mengakui penubuhan PSC tersebut dilakukan atas desakan rakyat keseluruhan.
“Kerajaan mesti mengakui bahawa penubuhan PSC ini adalah atas desakan rakyat. Perdana Menteri tunduk kepada keperluan terhadap reformasi sistem pilihan raya.
“Dia juga mengakui sistem pilihan raya kini tempang, tidak bersih dan perlu diadakan satu jawatankuasa untuk melihat proses-proses penambahbaikan. Ini adalah sumbangan besar rakyat Malaysia pelbagai kaum termasuk NGO Bersih,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Justeru, Azmin yang juga merupakan salah seorang wakil Pakatan Rakyat bagi jawatankuasa itu membidas kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa Bersih merupakan pertubuhan haram.
Kepada satu soalan lisan oleh Fong Po Kuan (Batu Gajah) di Dewan Rakyat hari ini, jawapan bertulis oleh KDN menyatakan Bersih merupakan pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.
Justeru, Azmin mengingatkan kerajan bahawa Bersih adalah gabungan 60 pertubuhan kerajaan (NGO) dengan matlamat sama dan berbincang demi kebaikan rakyat Malaysia keseluruhannya.
“Kalau dakwaaan kerajaan bahawa pertubuhan ini haram, mengapa gabungan ini diperkenan oleh DYMM Yang Dipertuan Agng untuk mengadap?
“Ia sebenarnya tamparan terhadap Menteri Dalam Negeri. Dan jawapannya itu seolah-lah ingin memberi persepsi kepada rakyat seolah-olah istana tak memperakui Bersih,” tegas Azmin.
Terbaru, Bersih 2.0 melancarkan kempen ‘Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU 13′ di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH) 30 September lalu.

This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s