Kerajaan Negeri Kurangkan Cukai Taksiran Harta Ke Atas Persatuan Kebajikan

SHAH ALAM 28 SEPTEMBER – Kerajaan Selangor menerusi Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan bersetuju untuk mengurangkan kadar cukai taksiran harta sebanyak 50 peratus yang dikenakan ke atas persatuan kebajikan sebelum ini berdasarkan penelitian yang dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Exco Selangor, Ronnie Liu berkata, permohonan pengurangan cukai taksiran harta di bawah seksyen 135 Akta Kerajaan Tempatan 1976 itu diluluskan selepas MBPJ menerima beberapa permohonan dari beberapa pihak untuk pengurangan cukai.

Jelasnya, mengikut undang-undang, pihak MBPJ sendiri berhak membuat keputusan berhubung pengurangan cukai taksiran tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, pengurangan itu hanya boleh dilakukan sekiranya persatuan kebajikan terlibat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Terdapat tiga syarat permohonan bagi permohonan pengurangan cukai taksiran iaitu salinan penyata cukai pendapatan sebagai bukti pentadbiran bukan bermaksud keuntungan. Kedua, salinan peraturan dan aktiviti yang dijalankan adalah untuk tujuan kebajikan bukan bermaksud keuntungan.

Syarat ketiga, penyata akaun yang telah diaudit untuk tempoh tiga tahun menunjukkan pendapatan adalah dari sumbangan orang ramai danlain-lain pendapatan bukan bermaksud keuntungan,” katanya.

Antara persatuan kebajikan yang menerima pengurangan cukai tersebut adalah Kafa Integrasi An-Nur Mutiara, Persatuan Diabetis Malaysia dan Persatuan Damai Orang-orang Kurang Upaya Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Selain itu, persatuan Dharma Drum Mountain Buddhism Information Center, Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia, Tetuan Jawatankuasa Kecil Rumah Orang Tua Sri Setia, Lutheran Church in Malaysia and Singapore turut disenaraikan layak.

This entry was posted in Ekonomi, KEADILAN. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s