Keadilan Lancar Tinjauan Kesan Inflasi Kepada Orang Muda

SHAH ALAM, 27 Sept: Bagi megenalpasti masalah ekonomi yang mendesak generasi muda hari ini, Parti Keadilan Rakyat mengambil pendekatan yang lebih holistik berbanding Barisan Nasional apabila bersedia melancarkan satu ‘Tinjauan Kesan Inflasi Kepada Orang Muda’ di seluruh negara bermula seawal Oktober ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin. berkata hasil awal tinjauan tersebut akan digunakan sebagai panduan kepada Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat.

“Tinjauan ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Angkatan Muda KEADILAN. AMK telah merangka jadual untuk turun ke tempat-tempat awam di seluruh negara untuk menemuramah dan mendapatkan maklumbalas golongan muda, bermula dengan stesen-stesen LRT di ibu kota pada 1 dan 2 Oktober akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

Tambahnya lagi hasil tinjauan ini juga akan menjadi penanda aras kepada langkah-langkah yang diambil Barisan Nasional menangani peningkatan kos sara hidup di dalam Belanjawan 2012 yang akan diumumkan pada 7 Oktober ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Shamsul berkata hasil kajian selain bertujuan untuk mengesahkan pandangan PKR mengenai isu-isu utama yang akan mempengaruhi keputusan mengundi di dalam Pilihanraya Umum ke-13 dalam kalangan orang muda.

Beliau dalam pada itu berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan di dalam forum-forum yang akan diatur oleh PKR dan AMK dalam bulan Oktober ini sebagai usaha untuk mengenengahkan isu-isu ekonomi golongan muda.

Antara perkara-perkara khusus yang akan diberikan tumpuan di dalam tinjauan ini mencakupi aspek-aspek berikut:

1. Pendapat orang muda mengenai peluang pekerjaan dan perniagaan
2. Kesan tanggungan pembiayaan pendidikan tinggi melalui PTPTN dan pendidikan swasta di kalangan orang muda
3. Aspirasi perumahan orang muda dan kesan ketiadaan rumah mampu milik di bandar-bandar besar
4. Sejauh mana Dasar Automotif Nasional yang mengenakan duti dan cukai yang tinggi meninggalkan kesan kepada pengurusan kewangan orang muda
5. Kefahaman orang muda mengenai gaji minima

Lantaran itu, PKR menjemput seberapa ramai orang muda untuk turut serta di dalam tinjauan ini.

Selain daripada edaran di tempat-tempat awam, tinjauan ini juga boleh didapati di laman-laman internet mulai 3 Oktober ini.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s