Mahasiswa tuntut reformasi politik, ekonomi

(Oleh: Sidiqin Omar)

PETALING  JAYA: Kongres Mahasiswa Nasional yang menghimpunkan 10 pertubuhan mahasiswa  bergabung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), menuntut kerajaan  melaksanakan reformasi politik, ekonomi, sosio budaya dan pendidikan.

Justeru itu kongres yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu, turut menggesa kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen selaku pemantau ke atas setiap dasar agar sentiasa mementingkan hak asasi manusia.

“Mahasiswa Menggesa pihak kerajaan mewujudkan Suruhan Akauntabiliti selain mengamalkan dan mengiktiraf referandum rakyat sebagai satu desakan yang perlu diambil perhatian dan dilaksanakan dengan serius oleh kerajaan,” kata kandungan deklarasi yang dipetik.

SMM menuntut kerajaan menumpukan perhatian terhadap masalah rasuah dan ketirisan serta menggesa kerajaan menyediakan bajet yang khusus bagi merealisasikan pendidikan percuma.

Kerajaan juga dituntut untuk serius menyelesaikan isu PPSMI dan dalam masa sama memperkenalkan pendidikan berkonsepkan ta’dib, iaitu menyuntik nilai-nilai kerohanian dan akhlak.

“Dalam konteks sosio-budaya, SMM mencadangkan pensejarahan negara ditulis semula serta meraikan kepelbagaian kaum dan menolak secara keras unsur-unsur ekstrim yang menjadi pemecah belah keharmonian antara agama dan kaum.

“Mengiktiraf dan melibatkan golongan wanita sebagai sebagai agen penting dalam melakukan reformasi sosial ke arah yang lebih baik dan memberi ruang lebih  kepada wanita melibatkan diri dalam pembentukan dasar penting negara khususnya pendidikan,” jelas tuntutan tersebut.

Dalam kongres berkenaan, SMM turut mengundang beberapa tokoh akademik dan politik tanah air antaranya Profesor Aziz Bari, Senator Mumtaz Md Nawi dan Profesor Abu Hassan Hasbullah untuk menyampaikan ulasan.

Selama dua hari berturut-turut, wakil-wakil pertubuhan diberi peluang untuk melontarkan pandangan kritikan dan kandungannya dibawa ke sesi ‘Meja Bulat’.

Kongres ini juga merupakan lanjutan daripada kongres gerakan mahasiswa nasional yang pertama dan kedua yang pernah dianjurkan oleh SMM.

Antaranya pertubuhan pelajar yang terlibat ialah Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO MN) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s