Sambutan 16 September kerana tekanan rakyat

(Oleh: Masdar Wahid)

PETALING JAYA: Sambutan untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia disebabkan tekanan berterusan di kalangan rakyat negara ini, tegas Pakatan Rakyat.

“Langkah kerajaan Barisan Nasional untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia selepas 48 tahun ia berlaku adalah kerana tekanan bertalu-talu dari  kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya Umum 2008,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa Dap, Liew Chin Tong.

Sementara itu, Sivarasa berkata, Pakatan Rakyat mendesak Ordinan Darurat (EO) dan Akta Dadah Merbahaya (Langkah-langkah pencegahan) 1985 dimansuhkan kerana membenarkan penahanan tanpa bicara yang menyamai  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Maknanya, seseorang itu juga boleh terus dipenjara mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri tanpa diberi peluang untuk membela diri di mahkamah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Subang.

Sivarasa mengulas tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka mengumumkan untuk meminda atau memansuh ISA pada malam ini.

Ia dilihat sebagai antara langkah terdesak presiden Umno itu untuk melakukan ‘pembaharuan’ politik menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, mengulangi janjinya pada 2009.

“Sebab itu, Pakatan Rakyat mendesak Najib memansuhkan segera akta ISA, akta Darurat (EO) dan akta Dadah Merbahaya 1985 ini serta-merta.

“Kalau ianya setakat pinda atau mansuh ISA sahaja, tiada makna kerana akta lain dibimbangi disalahguna pentadbiran Najib,” katanya.

Sivarasa menegaskan, sebagaiman yang terkandung dalam Buku Jingga, ISA dan akta mirip dengannya akan dimansuh Pakatan dalam tempoh 100 hari mentadbir Malaysia.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s