Lima Syarat PR Relevan, Kerajaan Tidak Ada Sebab Untuk Tolak

SHAH ALAM 14 SEPT: Lima syarat yang diletakkan Pakatan Rakyat (PR) untuk turut serta dalam jawatankuasa khas parlimen (PSC) demi membawa pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara harus disambut baik oleh kerajaan demi keadilan sistem pilihan raya itu sendiri dan kebaikan bersama.

Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari, syarat atau permintaan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu tidak menyalahi undang-undang malah memenuhi tuntutan rakyat.

“Mengapa tidak…dan apa salahnya kerana pilihan raya adalah satu proses dan permintaan yang munasabah kerana pilihan raya mesti adil dan saya rasa tidak melanggar pun undang-undang.

“Malah saya rasakan dari segi perspektif keadilan.. ia adalah satu perkara yang saya rasa tidak akan menimbulkan masalah kerana negara-negara lain pun sebenarnya sudah ada yang berbincang menetapkan tarikh pilihan raya secara bersama,” katanya ketika dihububungi Tv Selangor hari ini.

Pakatan Rakyat menetapkan lima syarat untuk menyertai PSC, antaranya ialah penetapan tarikh pilihan raya umum akan datang mestilah dengan persetujan bersama di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Menurut ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, sekiranya syarat itu diterima, maka ia menjadi sejarah apabila tarikh pilihan raya umum dipersetujui bersama untuk mengelakkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

Sementara itu, menurut Aziz Bari, Barisan Nasional yang juga pemerintah pada hari ini mempunyai kelebihan dalam mengetahui tarikh pilihan raya memandangkan Perdana Menteri yang akan memutuskan bila parlimen akan dibubarkan.

“Tarikh itu tidak ditetapkan oleh mana-mana parti tetapi apa yang ada dari segi undang-undang bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen. Jadi dengan itu, parti pemerintah tahulah tarikh yang hendak dibuat,”katanya.

“Apa yang tidak wajar untuk mempersoalkan tarikh PRU perlu ditetapkan bersama? Kerana apabila kita melihat kepada amalan-amalan di negara yang telah lama amalkan sistem ini, perkara itu tidak ditentang oleh kerajaan, jadi apa masalahnya?,” soalnya tegas.

Lantaran itu, beliau menyifatkan Umno menghadapi krisis akut yang melampau apabila berdepan dengan keadaan yang defensif dan tidak selesa dengan permintaan daripada PR untuk penambahbaikan pada sistem pilihan raya yang lebih adil lagi saksama.

Pendapat Aziz itu turut disokong oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof. Abu Hassan Hasbullah apabila menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi pihak pembangkang untuk meletakkan syarat tersebut memandangkan negara mengamalkan demokrasi berparlimen.

“Urusan pilihan raya bukanlah urusan yang hendak berpihak kepada A mahupun B, kerana demokrasi tidak mengajarkan kita kepada apa sahaja amalan yang tidak adil dan tidak sejahtera serta tidak bebas untuk semua orang.

“Jadi sekaligus untuk menyatakan bahawa negara kita merupakan satu-satu negara tunggal di rantau ini yang mengamalkan demokrasi yang abadi, demokrasi yang abadi untuk semua orang, maka sudah pasti kepercayaan yang berpihak kepada mana-mana sikap politik A atau B tidak dibenarkan secara taksub,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, sudah tiba masanya tarikh PRU ke 13 perlu ditetapkan segera bagi kebaikan semua pihak dari terus menimbulkan pertanyaan kepada rakyat.

Abu berkata negara akan rugi jika rakyat pada setiap jam asyik memikirkan soal politik dan dalam masa sama mengabaikan perkara lain yang lebih penting.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s