MES: Selangor telah belanja RM465 juta

Harakahdaily

SIRI PERTAMA

SHAH ALAM, 13 Sept: Sejumlah RM465 juta telah dibelanjakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak tahun 2008 sehingga April 2011.

Jumlah ini meliputi fasa pertama hingga ketiga yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri pada Program 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 20 Jun 2008, kira-kira tiga bulan selepas mengambil alih pemerintahan negeri itu.

Antara program fasa pertama itu termasuk Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Emas, Tabung Pendidikan Anak-anak Pelajar Ladang, Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu Pertama, Program Meningkatkan Hasil Batuan Dan Mineral serta Program Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).

Bagi fasa kedua pula meliputi Cuti Bersalin 90 hari, Cuti 14 hari untuk suami yang isterinya bersalin dan Cuti Kematian Suami 30 hari.

Fasa ketiga pula merangkumi Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Selangor (SkimSEL), Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) dan juga Pusat Dialisis Rakyat.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar)menjelaskan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri di dalam program tersebut adalah satu usaha untuk mengembalikan hak rakyat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri melakukan sesuatu yang baik untuk rakyatnya dan kita lihat sebanyak RM465 juta telah diperuntukan sejak dari mula-mula Program MES ini dilancarkan sehingga April 2011 dan ia melibatkan seramai 4,772,501 orang rakyat negeri Selangor.

“Jika sebelum ini banyak tentangan mahupun ketidak yakinan timbul apabila program tersebut ingin dilancarkan tetapi satu yang luar biasa berlaku apabila rakyat sudah dapat melihat secara jelas kejayaan program tersebut, “katanya dalam satu temubual khas dengan Harakahdaily.

RM382 juta untuk 20 meter padu air percuma

Menurut Faekah, peruntukan paling besar dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat adalah pemberian bekalan air percuma 20 meter padu

Katanya, hampir RM382 juta kos yang ditanggung kerajaankerajaan negeri untuk tujuan itu merangkumi 4.77 juta rakyat selangor.

“Walaupun dua puluh meter padu ini kita lihat amat kecil tetapi kepada rakyat yang berpendapatan rendah merasakan ia adalah satu jumlah yang besar dan setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan beban kepada mereka.

“Kita mahukan rakyat merasai kekayaan negeri ini dan dengan cara ini sahajalah kenikmatan tersebut dapat dirasai oleh rakyat,” sambung beliau lagi.

Dalam pada masa yang sama beliau tidak menolak masih terdapat rasa tidak puas hati berhubung isu pemberian air percuma itu, terutamanya tuduhan mengatakan kerajaan negeri tidak membayar bil kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Dalam penjelasannya kepada Harakahdaily, Faekah berkata Isu tidak membayar bil sehingga menyebabkan berlakunya pemotongan bekalan air dan menjadi tomahan kepada pihak tertentu adalah tidak benar sama sekali, dan sebenarnya setiap bil mahupun bayaran dibayar secara terus kepada Syabas tanpa ada sebarang tunggakan

“Yang berlakunya pemotongan bekalan air itu adalah melibatkan penggunaan meter secara pukal di kediaman seperti flat mahupun pangsapuri. Pihak kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik bagi mengelakkan perkara tersebut berulang dengan memberi kupon air percuma kepada penduduk di kediaman tersebut setiap bulan.

“Kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan setiap permasalahan yang berlaku perlu diselesaikan agar rakyat terus dapat menikmati apa yang telah disediakan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.,” katanya.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s