KEADILAN gesa intelektual bangkit jelaskan kekeliruan sejarah

KUALA LUMPUR: KEADILAN menyeru kalangan intelektual dan ahli akademik bangun menyatakan pendirian  bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan Majlis Profesor Negara yang diketuai Profesor Dr Zainal Kling, berhubung sejarah kemerdekaan tanah air.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, kenyataan ahli akademik berkenaan adalah pelik apabila mendakwa tanah Melayu tidak  pernah dijajah British, sebaliknya dilindungi berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu.

“Parti Keadilan Rakyat melihat bahawa kenyataan kontroversi ini hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang.

“Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka,” Ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Muhammad Nur, KEADILAN turut melihat kenyataan Zainal Kling itu memberi implikasi besar terhadap kemerdekaan negara yang diraih sejak 54 tahun lalu.

“Ia menimbulkan persoalan baru, apakah kita ini benar-benar merdeka dan untuk apakah kita meraikan kemerdekaan?

“Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, kenyataan tersebut bercanggah fakta sejarah kerana umum menyedari  istilah ‘protectorate’ yang diguna
penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat.

“Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu,”.

“Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya,” ujar beliau.

Katanya lagi, keadaan itu mencetuskan penentangan pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lain.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s