Perutusan Hari Kemerdekaan ke 54; 31 Ogos 2011

“Memaknai jiwa merdeka”

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Kemerdakaan!

Tanggal 31 Ogos 2011 adalah hari baru untuk kita lakarkan kemerdekaan negara. Tahun 1957 yang lalu, laungan Merdeka! bergema dan disambut dengan suara rakyat yang ternyata amat menghargai sebuah kemerdekaan dan kebebasan di dalam negara sendiri.
Kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati. Bukan kemerdekaan yang hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang. Seharusnya rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka. Justeru, marilah kita sama-sama memaknai kemerdekaan ini dengan memerdekakan sepenuhnya jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa.

Kemerdekaan tidak semestinya ditafsirkan sebagai bebas dari tekanan dan cengkaman penjajah. Malah ianya merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat. Kemerdekaan ini juga harus menjadi asas keterbukaan khususnya kepada golongan muda yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu masa nanti.

Sehubungan dengan itu, negara sepatutnya mampu menyediakan prasarana ekonomi agar kekayaan negara dapat dikongsi bersama tanpa membataskan kedudukan bangsa dan agama. Rakyat terus ditindas dengan desakan dan tekanan sara hidup yang membebankan, sedangkan pemimpin yang ada duduk gah di atas dengan sewenangnya membelanjakan hasil negara untuk kepentingan tertentu. Saban hari kita dipinta untuk “berkorban” dan ubah gaya hidup dalam menampung sara hidup seharian. Tetapi jutaan ringgit terus dibelanjakan tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat.

KEADILAN akan terus memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat. Juga akan terus membina nilai moral dan akhlak dalam pemerintahan yang telus dan efektif. Inilah kemerdekaan total yang akan KEADILAN perjuangkan. Membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi,kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan,memberi ruang anak muda untuk meneladani perkembangan akhlak dan moral., memastikan bebanan pinjaman pelajaran kepada mahasiswa diurus dengan baik agar kecemerlangan akademi berterusan.

Adalah menjadi satu prinsip KEADILAN untuk membina bangsa dan negara sejajar dengan gerakan rakyat yang berhak atas negara ini. Dengan landasan yang betul, jujur dan tanggungjawab maruah bangsa akan dapat dimartabatkan. Merdeka!

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s