PSC : PR Beri Tempoh Sebulan Lagi Pada Najib, SPR

KUALA LUMPUR 25 OGOS : Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri dan kerajaan memberi jaminan penuh bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya adalah serius dalam membetulkan sistem berkenaan di negara ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat memberi masa sehingga bulan hadapan sebelum membuat keputusan tetap untuk bersama dengan PSC yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami (belum lagi) buat keputusan untuk boikot (PSC) tapi kerajaan perlu buktikan mereka serius dengan memastikan SPR buat perubahan.

“Kami juga mahukan jaminan mutlak daripad Perdana Menteri bahawa beliau mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Kami juga mahu beliau jamin bahawa pilihan raya hanya diadakan selepas cadangan dari PSC dilaksanakan,” kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, lewat petang semalam.

Najib sebelum ini mengumumkan penubuhan PSC untuk membawa perubahan pada sistem pilihan raya Malaysia setelah ia mendapat kritikan keras rakyat sehingga mereka sanggup turun ke jalanan pada 9 Julai lalu.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian Najib tampil dengan kenyataan berbeda apabila memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Menurut Najib, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan SPR sebagai badan bertanggungjawab dalam pilihan raya di negara ini tidak perlu menunggu PSC untuk melakukan reformasi pilihan raya.

“SPR kadang-kadang kata mereka tak ada kuasa, sekarang kata ada kuasa.

“Hakikatnya SPR ada kuasa seperti penggunaan dakwat hitam dan tempoh berkempen serta bersihkan daftar pemilih tak perlu tunggu PSC,” kata beliau.

Manakala Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mempersoalkan mengapa pelbagai alasan diberikan kerajaan untuk penambahbaikan pilihan raya sedangkan mereka tahu ia dituntut semua pihak.

“Pengumuman PSC ini merupakan pengakuan ada sesuatu yang salah dalam sistem pilihan raya negara kita.

“Kita nak tahu sejak Bersih (2.0), apa di antara lapan tuntutan Bersih yang akan diambil tindakan oleh SPR? Kita tidak mahu SPR atau kerajaan jadikan ia satu alasan untuk tidak bertindak,” katanya.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Pakatan Rakyat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s