Dari Meja Presiden: Merdeka adalah Keadilan

Apabila tanahair yang tercinta ini mahu mencapai kemerdekaan, ada sebuah dokumen yang ditampal di mana-mana, termasuk di mesjid dan surau-surau segenap ceruk kampung. Dokumen itu dikenali sebagai “Pemasyuhran Kemerdekaan” yang asalnya ditulis dengan tulisan jawi.

Dua tunggak kenegaraan yang disebut di dalam dokumen itu ialah “Raja yang Berperlembagaan”, dan negara “yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen”. Hanya selepas lebih setengah abad, wargenegara mulai mengerti makna untuk memelihara kedua tunggak tersebut.

Sepertimana di mana-mana negara di dunia, tujuan demokrasi tidak lain adalah untuk memelihara kebebasan di samping untuk mencapai keadilan di dalam masyarakat.

Demikian Dato’ Onn Jaafar memperingatkan ketika mengambalikan raja-raja Melayu ke dalam kerajaan beberapa ketika sebelum merdeka iaitu “raja adalah rakyat, rakyat adalah raja”. Peranan “Raja Berperlembagaan” itu berbeza dengan maksud kesultanan di zaman dulukala di mana raja boleh berbuat sesuka hati ke atas hamba rakyatnya. Konsep itu sudah tak wujud lagi.

Sendi bagi demkorasi antaranya ialah kewibawaan institusi kehakiman, media yang bebas dan pilihanraya yang juga bebas dan adil. Mustahil keadilan dan kesejahteraan dapat dicapai andai di dalam pilihanraya berlaku pelbagai kecurangan dan putar-belit.

Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa khas parlimen adalah pengakuan bahawasanya memang berlaku kecacatan besar di dalam amalan sistem pilihanraya sekarang. Bahkan, di media massa terbongkar satu demi satu kes, misalnya warga asing yang mendapat kad pengenalan warganegara yang siap tersenarai sebagai pengundi. Beribu lagi kes-kes seumpama dikesan di seluruh negara.

Khususnya di Selangor, pelbagai pihak mendedahkan wujudnya “pengundi klon” dan “pengundi ragu” di dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR. Selangor menyaksikan penambahan jumlah pengundi baru dengan angka luar biasa iaitu melebihi 71 ribu.

Peningkatan mendadak ini cukup meragukan kalamana terbongkar kes-kes pengundi yang masih bertaraf penduduk tetap. Keadaan ini tak lain dipercayai sebagai usaha Umno-BN merampas semula Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat.

Asakkan dan pendedahan mengenai penipuan di dalam pilihanraya membuatkan pemerintah tak dapat elak untuk memberi respon. Malang seribu kali malang apabila jawatankuasa khas berkenaan tak lebih hanya helah licik bilamana PM menyatakan pilihanraya boleh diadakan meski sebelum ada keputusan jawatankuasa khas berkenaan.

Dalam kata mudah, jawatankuasa khas itu rupa-rupanya hanya bakal sekali lagi menjadi penampan yang digunakan untuk mengesahkan kemenangan Umno-BN dalam proses pilihanraya yang tetap sahaja kotor ini. Bayangkan, tanpa penipuan sebegini, termasuk misalnya memanipulasi undi pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, Umno-BN mungkin sahaja sudah kalah dalam PRU ke-12 lalu sepertimana mereka kalah di 5 negeri di semenanjung.

Sesebuah pemerintahan yang berdiri dengan jalan tipu-helah akan mendatangkan musibah kepada negara. Rasa tidak puas hati yang terpendam di dalam sanubari rakyat akan merebak. Rusuhan untuk menggulingkan pemerintah boleh sahaja menjadi pilihan rakyat apabila itulah cara yang tersisa untuk menegakkan keadilan. Keadaan sedemikian telah dan sedang kita saksikan berlaku di Timur Tengah.

Kita tak mahu semua ini sampai terjadi di negara kita ini. Kita masih punya masa dan parti yang sedang berkuasa di Putrajaya harus siap melaksana tanggungjawab memelihara demokrasi kerana tidak lain, tujuan kemerdekaan adalah untuk tertegaknya keadilan. Tanpa keadilan, takkan wujud kesejahteraan.

31 Ogos yang disambut saban tahun bukan ingatan kosong semata-mata. Dengan memelihara demokrasi, maka itulah cara untuk kita membuktikan rasa kasih kepada negara. Dirgahayu Malaysia tanahair ku.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

One Response to Dari Meja Presiden: Merdeka adalah Keadilan

  1. masilam berkata:

    Salam sejahtera dan selamat berpuasa serta selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
    Harap pihak tuan/puan dapat jadikan isu perkara yang saya utarakan ini, iaitu wakil rakyat atau ahli parlimen hanya dijadikan pengikut untuk kemenangan Barisan Nasional dan tiada jaminan untuk di beri apa-apa jawatan dalam kabinet, sedangkan rakyat yang tidak bertanding dalam pilihan raya boleh jadi menteri/timbalan menteri, dan yang lebih teruk lagi yang dah kalah bertanding pilihan raya pun boleh jadi menteri/timbalan menteri, lantik jadi senator seterusnya lantik jadi menteri, walaupun kuasa Perdana Menteri, tetapi jika di jadikan isu seolah-olah ahli parlimen tidak dihargai, kenapa ahli parlimen yang menang bertanding tidak dilantik jadi menteri/timbalan menteri apa alasan? bukan wakil rakyat boleh jadi menteri/timbalan menteri lagi baik tak perlu pilihan raya, apa perasaan ahli parlimen yang tidak di lantik apa-apa jawatan dalam kabinet, tentu kecewa, sebab tah dihargai walaupun menang bertanding pilihan raya, hanya jadi batu loncatan untuk kemenangan BN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s