Dari meja Presiden : Tanggungjawab dan amanah wang zakat

Sejak merdeka 53 tahun lalu, tak ada sesiapa yang mempertikai bahawa Islam adalah agama persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan. Apa yang berlaku sejak itu, termasuk pertikaian terhadap hal-hal agama, dilihat tak lebih hanya untuk membakar sentimen orang Melayu tanpa melihat persoalan dan masalah pokok yang sebenarnya wajar ditangani.

Selain menunaikan amalan puasa sepertimana di bulan Ramadan yang mulia ini; zakat merupakan antara rukun agama yang telah diperintahkan Nabi Muhammad S.A.W. lebih 1400 tahun lalu. Sepotong ayat Quran tegas menyebutkan tentang kewajipan zakat daripada surah al-Bakarah, ayat 43: “Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan ruku’lah berserta orang-orang yang ruku’.”

Apabila zakat itu dikumpulkan, orang yang bertanggungjawab mengumpulkannya, (dikenali sebagai “Amil”) juga mempunyai hak untuk mendapat sebahagian wang tersebut sepertimana yang ditetapkan Islam. Selain itu, antara golongan yang berhak memperolehi zakat ialah orang fakir, orang miskin, golongan mualaf bahkan orang-orang yang putus biaya ketika dalam sesuatu perjalanan.

Hukum dan sistem ini andai dapat dilaksana dengan teratur dan telus, maka secara makronya mampu juga membantu untuk mengurangkan jarak antara kaya-miskin. Hanya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila wang pungutan zakat dipersoalkan ke mana perginya?

Di sebuah negara yang dikatakan mempunyai sistem pungutan zakat antara paling tersusun di antara negara-negara Islam lainnya, namun kita melihat ada muslim yang terpaksa meminta-minta bantuan daripada golongan lain. Bahkan, golongan peminta sedekah di pinggir-pinggir jalan juga kita lihat ramai diantaranya adalah orang Islam. Apakah ini tak memalukan?

Kita rasa gembira apabila 2 tahun lalu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pernah menyediakan wang zakat kepada golongan yang kehilangan pekerjaan, terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga. Kadar zakat fitrah di negeri Selangor juga naik daripada RM5.20 kepada RM7.

Bukanlah sesuatu yang rahsia lagi bagaimana permohonan untuk mendapatkan wang zakat adalah sulit dan remeh sekali. Pelbagai borang perlu diisi. Pelbagai pegawai perlu ditemui dan ditemuduga. Karenah tetek-bengik begini wajar dikurangkan.

Dengan segala kepayahan yang terpaksa ditempoh seseorang pemohon, maka tidaklah menjadi sesuatu yang mustahil andai ada muslim yang terpaksa meminta bantuan zakat dan bantuan daripada badan-badan lain, termasuklah daripada badan bukan kerajaan (NGO) agama-agama lain.

Menjadi sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang di negeri-negeri bahawa penganut agama lain di negara ini untuk ‘berdakwah’ kepada orang Islam. Misalnya di Selangor, adalah dilarang Muslim untuk berada bersama dalam acara sembahyang khsusnya di gereja pada hari Ahad. Hanya kaedah untuk membendung masalah ini harus juga dengan penuh berhikmah dan hasanah, tidak dengan sentimen melulu.

Dalam beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal, meraikan hari raya Idul Fitri. Sebelum itu, lihatlah sahaja di masjid-masjid, di balai-balai raya, bahkan di kuanter-kuanter di pasaraya, orang-orang Islam berpusu-pusu membayar zakat.

Jumlah daripada zakat fitrah dan zakat harta yang diumumkan berjuta ringgit setahun. Kita percaya, wang berkenaan sudah cukup untuk membantu mana-mana Muslim yang berhak, bahkan kepada saudara-saudara yang baru memeluk Islam.

Di sinilah kekuatan yang sewajarnya diperkukuhkan dengan beramanah dan telus bagi mencapai objektif keadilan dan kesejahteraan yang ditetapkan agama. Selamat Ramadan karim

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s