RM 75 Juta Keuntungan Atas Angin?

Kenyataan Media
Untuk Sebaran Segera

Menurut laporan The Star bertarikh 26 Julai 2011, syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd bersedia mengambil alih 40 peratus baki saham KL Eco City Sdn Bhd (KLEC) dari Yayasan Gerakbakti Kebangsaan yang dinilaikan sebanyak RM75 juta. Adalah difahamkan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan merupakan satu entiti yang dipandu Pemuda Umno dan dipengerusikan Ketua Pemuda Umno.

Cadangan SP Setia ini menimbulkan pelbagai tandatanya, yang mana pihak SP Setia dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan harus menjawab dengan telus dan jujur persoalan-persoalan berikut:

1. Mengapa cadangan pengambilalihan ini baru timbul sekarang walhal usahasama atau joint venture (JV) antara SP Setia Sdn Bhd dan anak syarikat Yayasan Gerakbakti Kebangsaan, YGP Holdings Sdn Bhd, untuk projek ini telah dimeterai semenjak tahun 2000 lagi? Adakah pengambilalihan ini selari dengan hasrat yayasan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan bandar?

2. Bagaimanakah KLEC memperoleh sebidang tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium berdasarkan prinsip perkongsian untung pada nisbah 80:20 dengan DBKL? Adakah ianya melalui tender terbuka atau cara lain? Apakah kriteria yang digunapakai Kerajaan dalam memilih KLEC untuk diserahkan tanah milik Kerajaan tersebut?

3. Sekiranya pengambilalihan tersebut terlaksana, ke arah mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Kita harus ingat bahawa tujuan penubuhan yayasan tersebut adalah demi membasmi kemiskinan dan mempertingkat mutu kehidupan golongan bumiputera berpendapatan rendah. Maka, bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar, terutama mereka yang telah dipindahkan dari Kg Hj Abdullah Hukum? Atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan “atas angin” bagi pihak Pemuda Umno?

Saya berharap SP Setia Sdn Bhd dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan akan dapat menjawab persoalan-persoalan ini, demi ketelusan proses dan kemaslahatan umum.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden KEADILAN

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

One Response to RM 75 Juta Keuntungan Atas Angin?

  1. roslisaad berkata:

    satu perbuatan yang tidak beretika mengguna dana bagi mengayakan juak-juak umno…
    woi sedar cikit,bukan harta hampa!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s