Selangor sedia geran fail bantah SPR

Harakahdaily :

SHAH ALAM, 4 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baharu yang meragukan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam telah bersetuju menubuhkan geran tersebut.

Beliau menambah, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, ujarnya bantahan itu hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

Menurutnya, aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

“Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, petang semalam.

Katanya lagi, pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen.

Beliau berkata, pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua.

“Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati,” ujarnya.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s