Teks ucapan dimajlis Penutup Konvensyen Penerangan Pusat

Tema: “Jelaskan Kebenaran, Tegakkan Keadilan”

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Saudara/i yang dihormati sekalian,

1. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Biro Penerangan di bawah kepimpinan Ketua Penerangan Parti ini, Dr Mohd Nor Manuty; yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Khas Penerangan ini. Saya difahamkan bahawa sejak penubuhan Parti ini pada April 1999, inilah julung kalinya Konvensyen Penerangan seperti ini dianjurkan. Saya sungguh berbangga dan bersyukur dengan inisiatif murni ini. Tahniah kita ucapkan.

2. Sesungguhnya, apa yang dilakukan ini amat bertepatan kerana amalan ‘media blackout’ yang dikenakan ke atas perjuangan kita. Parti kita ini sedang meningkat dewasa, tekanan juga bukan kepalang besarnya. Usaha berterusan dan tindakan kreatif dalam menyampaikan maklumat dan penerangan kepada rakyat harus digalas dengan iltizam yang kuat. Disuburkan secara berterusan.

Hadirin yang di hormati sekalian,

3. Saya juga difahamkan bahawa Konvensyen ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar petugas-petugas yang terlibat dalam penerangan Parti ini iaitu Ketua-ketua Penerangan Negeri, Ketua-ketua Penerangan Cabang, Ketua-ketua Penerangan Wanita Cabang dan Ketua Penerangan AMK Cabang dari seluruh negara. Konvensyen ini turut disertai oleh ramai ahli relawan yang turut memberikan komitmen merealisasikan matlamat dan amanah kepimpinan parti bagi memenuhi aspirasi rakyat. Sesungguhnya, iltizam dan pengorbanan yang dilakukan ini sudah pasti mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah Subhanahu wa Taala.

4. Saya berharap, selepas berkonvensyen selama sehari mulai jam 9.00 pagi sehingga ke petang ini, objektif-objektif utama program ini telahpun dapat dicapai antaranya adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta kepada dasar pengurusan penerangan parti, mengukuhkan konsep dan kemahiran kepimpinan dan mengurus organisasi penerangan di setiap peringkat ke arah pembinaan jentera yang siap siaga, mapan dan berkesan dalam menghadapi sebarang cabaran.

Saudara dan saudari yang dihormati,

5. Kita tidak mempunyai pilihan selain bergerak terus, secara teratur dan berdisiplin. Pilihanraya Umum dijangka begitu hampir dan dengan sumber yang terhad kita akan sekali lagi berhadapan dengan Gergasi. Bezanya, gergasi itu kini dalam keadaan luka parah. Barang pasti tindakan nya akan juga mungkin tidak terjangkau imaginasi kita. Justeru kita harus sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.

6. Malaysia wajib kita selamatkan. Ekonomi dan kualiti kehidupan rakyat terhimpit dan adalah peranan kita memulihkannya. Seluruh sistem bernegara nampaknya begitu pincang, seteruk 1998 dahulu. Badan kehakiman, institusi polis, SPR, SPRM nampaknya semakin teruk walau setelah 13 tahun kita berjuang. Perjuangan ini wajib kita teruskan. Selamatkan Malaysia .

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualikum w.b.t

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s