KEADILAN: Wujud percubaan tutup kes kematian Ahmad Sarbani

KUALA LUMPUR: KEADILAN  merasakan seolah-olah wujud percubaan oleh pihak tertentu untuk menutup kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, allahyarham Ahmad Sarbaini.

Ini kerana selepas hampir 2 bulan, tiada sebarang dakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak, sedangkan kes itu melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Justeru KEADILAN menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mendesak pihak polis melakukan siasatan segera.

Hadir menyerahkan memorandum berkenaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran serta Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

N Surendran berkata, sehingga kini polis gagal menyiasat insiden kematian itu, meskipun laporan polis dibuat isteri Allahyarham.

Manakala penyiasat dari  SPRM  sendiri mendedahkan bahawa kakitangan dalamannya terlibat dalam insiden kematian itu.

“Bahkan laporan polis telah dibuat oleh balu mangsa, Maziah Manaf pada 2 Mei lalu bahawa pegawai penyiasat dari SPRM membuat pengakuan bahawa ‘orangnya’  terlibat dalam kematian tersebut, ” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Kenyataan Media, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s