MB arah cari tapak baru untuk rumah anak yatim

Malaysiakini:

Kerajaan negeri Selangor akan mencari tapak baru untuk menempatkan semula Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa Hulu Langat yang ditimpa tanah runtuh Sabtu lalu

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimMenteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat Datuk Zainal Abidin A’ala supaya mencari tapak baru di kawasan yang lebih selamat untuk rumah anak yatim dan madarsah itu.

Tapak baru diperlukan untuk menempatkan anak-anak yatim dari madrasah itu di premis baru selepas bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki setelah dilanda tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa Sabtu lalu, katanya dalam satu kenyataan.

“Kami akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah,” kata Abdul Khalid.

24 buried alive in landslide at orphanageBeliau mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.

“Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

24 buried alive in landslide at orphanageMengenai pendidikan anak-anak yatim di Madrasah Al-Taqwa, Abdul Khalid berkata usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor.

Beliau berkata Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor menyalurkan sumbangan berjumlah RM217,000 untuk diagihkan kepada semua mangsa dan keluarga kejadian itu.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s