TUDM Tarik Balik Rayuan, Tharmendran Tidak Bersalah

SHAH ALAM 23 MEI : Keputusan Tentera Udara DiRaja Malayisa (TUDM), TUDM menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan bekas sarjan TUDM N. Tharmendran dibebaskan membuktikan beliau langsung tiada kaitan dengan kehilangan dua enjin jet F5E milik TUDM.

Peguam, N. Surendran turut menambah, penangkapan Tharmendran sebelum ini adalah salahguna kuasa yang dilakukan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

“Pihak MINDEF menyalahgunakan kuasa November lalu apabila mereka menangkap Tharmendran, walaupun saya membantah menyatakan bahawa tangkapan itu menyalahi undang-undang. Tapi mereka terus tangkap dan menahannya di pusat tahanan tentera.

“Saya minta supaya pihak berkuasa berhenti menganiayai Tharmendren,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menambah, ada kemungkinan Tharmendren boleh dipanggil balik untuk siasatan memandangkan kes ini merupakan kes berprofil tinggo dan telah memalukan negara.

“Kes ini satu kes yang berprofil tinggi yang melibatkan pihak tertinggi dalam Kemeterian Pertahanan dan kes yang telah memalukan negara apabila jet enjin hilang.

“Jadi tidak boleh dinafikan kemungkinan tindakan seterusnya kerana apa yang dipanggil untuk melindungi diri mereka supaya rakyat tidak melihat ianya sesuatu yang mencurigakan” katanya.

Pada 19 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Su Geok Yiam mengarahkan Tharmendran dibebaskan daripada Kem Batu Cantonment di Jalan Ipoh di mana beliau ditempatkan sejak ditahan pada 25 November tahun lalu.

Geok Yiam membenarkan permohonan habeas corpus Tharmendran dan turut menyifatkan penahanan TUDM itu tidak mengikut undang-undang.

Tharmendran kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada 5 September tahun lalu, tetapi ditahan oleh provos marsyal TUDM pada 25 November atas dakwaan gagal hadir tugas tanpa cuti (AWOL).

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s