KEADILAN terus runding dengan parti politik hadapi BN

PETALING JAYA: KEADILAN akan meneruskan rundingan dengan parti-parti politik yang cenderung kepada perubahan dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Naib Presiden Keadilan, Tian Chua.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru perbincangan bersama Parti Progresif Sabah (SAPP).

“Kita berharap sebelum berlangsung pilihan raya umum, perjanjian dan kerjasama dapat dimeterai.

“Ini adalah langkah yang diambil dalam usaha untuk memberikan saingan yang kuat kepada Barisan Nasional,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Beliau memaklumkan, meski pun parti-parti tersebut tidak menyertai Pakatan Rakyat, namun selagi ia masih dalam konteks mengusahakan perubahan politik di Malaysia, pertemuan akan diteruskan.

“Kita akan maklumkan sebarang perkembangan. Sehingga sekarang, perbincangan sedang dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keputusan mahkamah yang tidak membenarkan rayuannya untuk mengurangkan denda berjumlah RM 2000, Tian memaklumkan statusnya sebagai Ahli Parlimen Batu adalah kekal.

Baginya, bukan jumlah bayaran denda yang menjadi isu, tetapi usaha untuk membuktikan bahawa tuduhan  yang disabitkan kepadanya adalah pincang.

“Kami telah kemukakan bukti dan Hakim sendiri telah membuat tafsiran keputusan untuk mengelakkan daripada berlakunya pilihan raya kecil.

“Namun,  keputusan itu tidak mengganggu saya untuk meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Kenyataan Media, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s