Selangor lancar ‘Ops Selamat’ rumah perlindungan, kebajikan

Kerajaan Selangor melancarkan ‘Ops Selamat’, iaitu operasi pemutihan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di seluruh Selangor, umum Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail.

Langkah itu dimulakan dengan mengeluarkan surat arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah di Selangor bagi mengenal pasti kewujudan dan lokasi rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di seluruh negeri ini.

“Ia termasuklah rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah orang kelainan upaya (OKU), rumah ibu tunggal dan lain-lain rumah perlindungan dalam kategori kebajikan.

“Seterusnya, kita akan memeriksa semua rumah ini sama ada benar-benar mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Peraturan itu termasuklah pemilikan lesen-lesen khas seperti lesen premis dan layak menduduki  (CF) yang dikeluarkan oleh PBT, lesen perniagaan daripada Pendaftar Perniagaan dan lesen operasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Jika kita dapati masih ada rumah-rumah ini yang tidak memiliki lesen-lesen berkenaan, mereka diminta supaya segera berbuat demikian,” jelas Rodziah.

Ini merupakan langkah proaktif kerajaan Selangor berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat pada 21 Mei lalu.

“Saya berharap melalui Ops Selamat, semua rumah perlindungan dan kebajikan di negeri Selangor dikenalpasti status mereka,” tambah Rodziah yang mensasarkan Ops operasi ini akan berlangsung dalam masa tiga bulan dari sekarang.

Beliau menambah, melalui ‘Ops Selamat’ kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor akan mewujudkan Pusat Sehenti (One Stop Centre – OSC), bertujuan mengkoordinasi pengeluaran lesen-lesen yang dikeluarkan oleh PBT dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum meluluskan sebarang permemohonan.

“Kerajaan Selangor memandang serius  isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Kami menggesa semua pihak tidak kira pengusaha rumah-rumah penjagaan, rumah perlindungan, rumah anak-anak yatim dan rumah kediaman persendirian memastikan keselamatan kediaman masing-masing agar tiada lagi nyawa yang terkorban disebabkan kelalaian dan tidak mengikuti peraturan yang d tetapkan,” ujar Rodziah.

About nayeel

Seorang insan yang sedang belajar erti kehidupan...
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s