Buku Jingga jamin hak, kebajikan pekerja – Rafizi

SHAH ALAM: Golongan buruh terus tertindas selagi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) memanipulasi pekerja bagi memastikan mereka kaya-raya manakala rakyat kekal miskin, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Dalam forum ‘Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga’, Rafizi berkata, kerajaan Umno BN hanya mementing golongan pemodal berikutan dasar ini dipelopori bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tun Mahathir bertanggungjawab memulakan gerakan untuk melemahkan pekerja apabila membentuk polisi ekonomi berasaskan ekuiti.

“BN mahu tarik pelabur dan memberi jaminan bahawa gaji pekerja kekal rendah,” katanya yang mengakui strategi itu diamal negara lain tetapi hanya di peringkat awal sahaja.

Beliau berkata demikian pada  Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga bertema ‘Pemimpin Pakatan Rakyat bersama Kebangkitan Buruh’  anjuran Biro Pekerja KEADILAN di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam hari ini.

Kongres sehari itu dihadiri 500 peserta kongres dan dirasmikan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Forum ‘Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga’ dikendali Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Hamid.

Selain Rafizi, ahli panel ialah Pengerusi Biro Buruh DAP, Sivanesan; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu; mantan Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud dan pengasas Zentrum Future Studies, Dr Abu Hassan Hasbullah.

Penggulungan disempurnakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Kongres itu diakhiri ikrar pekerja dan penyerahan resolusi wakil Pemuda MTUC, Mohd Faizal Abu Bakar kepada wakil tiga parti gabungan Pakatan Rakyat.

Rafizi berkata, Buku Jingga menawarkan kerangka ekonomi bermatlamat meningkatkan pendapatan rakyat, bukannya menambah pemilikan ekuiti bagi diagih kepada pihak tertentu.

Dalam Buku Jingga, beliau berkata, Pakatan Rakyat mahu menggubal dasar gaji minimum bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat melalui pembelaan terhadap pekerja.

“Itu yang membeza kerangka ekonomi Pakatan Rakyat dan BN. Dalam masa lima menguasai Putrajaya,  kita mahu purata pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan, bukan sasar pemilikan ekuiti 30 peratus tapi cuma 10 orang Melayu dapat,” katanya.

Inisiatif kedua, Rafizi berkata, ialah merapatkan jurang gaji antara eksekutif berjawatan tinggi dengan golongan pekerja dengan menggunakan kayu ukur dikenali sebagai ‘pekali gaji’.

Mengambil contoh di Eropah, beliau berkata, ‘pekali gaji’ ideal ialah lima kali tetapi ia tidak berlaku di Malaysia dengan merujuk gaji Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.

“Gaji Rozali RM425,000 sebulan, gaji tukang paip Syabas hanya beberapa ratus tinggit sahaja. Jurangnya beratus-ratus kali ganda. Ini tidak betul dan ini yang mahu kita perbetul,” katanya.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s