Perutusan KEADILAN Sempena Sambutan Hari Wesak 2011

Hari Wesak merupakan hari terpenting kepada penganut kepercayaan Buddha kerana Hari Wesak melambangkan kelahiran, pencerahan agung, dan peninggalan Buddha Gautama. Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut kepercayaan Buddha dan rakyat Malaysia.

Buddha Gautama menyebarkan Dharma (ajaran Buddha) selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh kasih sayang. Pengajaran kesederhanaan menjadi asas kepada ajaran kehidupan penganut kepercayaan Buddha.

Dalam konteks ekstremisme mencorakkan politik, budaya dan kehidupan rakyat Malaysia, antara khutbah terakhir sebelum peninggalan Buddha Gautama wajar dibangkitkan semula untuk tatapan semua rakyat amnya dan penganut kepercayaan Buddha khususnya: bahawasanya pemikiran dapat menjadikan seseorang insan itu Buddha atau binatang bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan pemikiran.

Kehidupan dunia moden hari ini menyaksikan betapa peranan media mempengaruhi pemikiran umat manusia. Dalam konteks Malaysia hari ini, unsur ekstremisme yang dipelopori sesetengah pihak kerana kepentingan politik dan diapi-apikan oleh sesetengah akhbar komplotan parti politik dominan sedang membara dan menimbulkan konflik antara agama yang inginkan keamanan dan kesejahteraan.

Ironisnya, pemimpin politik di sebalik agenda akhbar yang menjadi batu api konflik agama dan politik fitnah kini muncul sebagai penyelamat Malaysia daripada ekstremisme!

Maka, kami Parti Keadilan Rakyat khususnya dan Pakatan Rakyat amnya tekad bersama dengan rakyat dalam perjuangan membebaskan Malaysia daripada penindasan dan kezaliman, semoga keadilan, kesaksamaan dan demokrasi dibangunkan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s