Mansuh tol: Kerajaan dituntut perjelas pampasan pemegang konsesi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) dituntut memberikan penjelasan sama ada pampasan berjumlah RM 180 juta akan diberikan sepenuhnya kepada pemegang konsesi, berikutan pemansuhan kutipan tol di plaza tol Cheras dan Petaling Jaya dan Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Metramac).

Sekiranya pampasan diberikan, bermakna pemegang konsesi mendapat ‘durian runtuh’ tanpa perlu menunggu tujuh tahun perjanjian konsesi yang hanya akan tamat pada 31 Mei 2018, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

“Perkara ini diibaratkan seperti ‘telunjuk lurus, kelingking berkait. Pemansuhan tol dari satu sudut dilihat seolah-olah menguntungkan rakyat. Namun sebenarnya tidak, kerana kerajaan perlu membayar pampasan kepada pemegang konsesi.

“Menurut anggaran, perolehan yang bakal diterima oleh Metramac Corporation Sdn Bhd dari kutipan tol bagi tempoh 7 tahun adalah RM 180 juta. Manakala, kos pembinaan lebuh raya ini berjumlah RM 125 juta dan mula dibuka kepada lalu lintas semenjak 1 Ogos 1995,” kata Azan.

Menurutnya lagi, sekiranya diukur dari tarikh perjanjian konsesi antara kerajaan dengan Metramac Corporation Sdn Bhd yang ditandatangani pada 13 Februari 1992, beliau yakin pemegang konsesi telah mendapatkan kembali modal kos pembinaan.

“Jadi, adalah tidak munasabah sekiranya kerajaan masih ingin meneruskan bayaran pampasan,” kata Azan kepada Keadilandaily.com

Justeru, Azan menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan sekiranya wujud imbuhan atau percubaan untuk menyalahguna dana  awam.

Dalam pada itu Azan mengesyaki sekiranya wujud pembayaran pampasan, tidak mustahil ia merupakan kaedah terbaru Barisan Nasional mendapatkan dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Apakah mungkin wujud imbuhan dalam transaksi tersebut, apatah lagi dalam suasana politik negara yang cenderung untuk diadakan pilihan raya?” soalnya yang turut menyatakan komitmen untuk membangkitkan isu itu dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.

“Rakyat jangan tertipu dengan pengumuman-pengumuman politik seperti ini. Pemansuhan tol yang diumumkan ini tidak didatangkan dengan rasional dan kajian terperinci. Mungkin sahaja wujud elemen-elemen penyelewengan.

“Pemansuhan tol yang diumumkan Menteri Kabinet dilihat cara baru Najib untuk melepaskan tanggungjawab dan tidak kelihatan ‘terlalu’ meniru ‘Buku Jingga’. Kemudian dia keluar negara dan menyerahkan tugas pengumuman tersebut kepada orang lain,” ujar Azan.

Menurut Azan, banyak cadangan Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga ditiru bulat-bulat, termasuk antaranya konsep Skim Rumah Pertama kepada golongan muda.

“Tidak hairan, Najib akan meneruskan ‘sikap’ menirunya itu,” ujar Azan

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

One Response to Mansuh tol: Kerajaan dituntut perjelas pampasan pemegang konsesi

  1. Hamba Allah berkata:

    salam kak wan ,
    Prosudure mahkamah hendaklah diteruskan ,namun tak mungkin BN akan memberi kemenangan pada DSAI kerana impaknya sangat besar pada UMNO.

    hanya satu jalan untuk melepaskan DSAI.
    DSAI Ambillah cuti seminggu dan lakukan apa yg saya paparkan dibawah .Seorang banduan yg difitnah di Diindonesia memeiliki senjata api menanati hukuman gantung .Namun kiyainya Kiyai hj tajul Ariffin (Abah Anum)memesan pada nya bacalah selawat tafriziah 4444 kali semasa kamu dalam tahanan .maka simurid pun melakukan selesai 4444x dia diangkat dari penjata jakarta ke makam Sheikh abdul kadir jailani di Iraq secara ghaib.lalu ditulis surat pada keluarganya di Indon dan mereka melapurkan pada polisi.Pihak polisi menghantar wakil ke Iraq dan membawa si Syukur kembali .satelah kembali kuasa Allah si pemfitnah mengaku diri lalau si Syukur dibebaskan dan yg fitnah dipenjara kan .eorang sahabat saya di Kedah dituduh di bawah jenayah dadah menanati saat hukuman gantung lalau dia melakukan .terlepas dan sekarang bebas .

    bacalah artikel dibawah …

    Lafaz selawat: http://shahrose76.fotopages.com/?entry=2004487
    Alloo humma solli solaa tan kaamilatan
    Wasallimm salaa man tamman
    Alaa saidina muhammadanil tan hall lu bihill uqod
    Watan farijubihill kurobb
    Watuh zhoo bihill hawaa ijj
    Watunaa lu bihirr roghoo ibb
    Wa hus noll kho waa tim
    Wayuss tas ghal gho maa mu bi waj hihil karim
    Waalaa alihii wasoh bihii fii kolli lam hatim
    Wanafasin biadaa di kull li maklu millaq

    Diamalkan 11 @ 41@100@1000@4444 kali sehari

    Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami, Muhammad, yang telah mempertemukan satu ikatan kepercayaan yang bulat yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu

    Kelebihan Sholawat Tafrijiyyah
    (sholawat memohon kelepasan dari kesusahan dan bencana) adalah antara sholawat yang terkenal diamalkan oleh para ulama kita. Sholawat ini juga dikenali sebagai Sholawat at-Tafrijiyyah al-Qurthubiyyah (dinisbahkan kepada Imam al-Qurthubi), dan ada juga ulama yang menisbahkannya kepada Imam ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Imam al-Husain r.anhuma. Di negeri sebelah maghrib, ianya dikenali sebagai Sholawat an-Naariyah kerana menjadi amalan mereka apabila ingin melaksanakan sesuatu hajat atau menolak sesuatu bencana, mereka akan berkumpul dan membaca sholawat ini 4444 kali lalu terkabul hajat mereka dan tertolak segala malapetaka secepat api yang menyambar atau membakar. Ianya juga dikenali sebagai Miftahul Kanzil Muhiith li naili muraadil ‘abiid (kunci perbendaharaan yang meliputi untuk menyampaikan harapan si hamba). Sholawat ini mempunyai keistimewaannya kerana selain sholawat ianya merupakan tawassul kepada Allah dengan Junjungan Nabi s.a.w. di mana kita menyebut nama dan dhamir Junjungan s.a.w. sebanyak 8 kali.
    Menurut Imam al-Qurthubi sesiapa yang melazimi akan sholawat ini setiap hari 41 kali atau 100 kali atau lebih, nescaya Allah melepaskan kedukaan, kebimbangan dan kesusahannya, menyingkap penderitaan dan segala bahaya, memudahkan segala urusannya, menerangi sirnya, meninggikan kedudukannya, memperbaikkan keadaannya, meluaskan rezekinya, membuka baginya segala pintu kebajikan, kata-katanya dituruti, diamankan dari bencana setiap waktu dan dari kelaparan serta kefakiran, dicintai oleh segala manusia, dimakbulkan permintaannya. Akan tetapi untuk mencapai segala ini, seseorang itu hendaklah mengamalkan sholawat ini dengan mudaawamah (berkekalan).
    Imam as-Sanusi berkata bahawa sesiapa yang melazimi membacanya 11 kali setiap hari, maka seakan-akan rezekinya turun langsung dari langit dan dikeluarkan oleh bumi.
    Imam ad-Dainuri berkata bahawa sesiapa yang membaca sholawat ini dan menjadikannya wirid setiap selepas sholat 11 kali, nescaya tidak berkeputusan rezekinya, tercapai martabat yang tinggi dan kekuasaan yang mencukupi. Sesiapa yang mendawamkannya selepas sholat Subuh setiap hari 41 kali, tercapai maksudnya. Sesiapa yang mendawamkannya 100 kali setiap hari, terhasil kehendaknya dan memperolehi kehormatan/kemuliaan melebihi kehendaknya. Sesiapa yang mendawamkannya setiap hari menurut bilangan para rasul (313 kali) untuk menyingkap segala rahsia, maka dia akan menyaksikan segala apa yang dikehendakinya. Sesiapa yang mendawamkannya 1000 kali sehari, maka baginya segala yang tidak dapat hendak diterang dengan kata-kata, tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar dan tidak pernah terbetik di hati manusia.
    Imam al-Qurthubi juga berpesan bahawa sesiapa yang berkehendak untuk menghasilkan hajatnya yang besar atau menolak bencana yang menimpa, maka bacalah sholawat ini sebagai tawassul dengan Junjungan Nabi yang empunya akhlak yang agung 4,444 kali, nescaya Allah ta`ala akan menyampaikan kemahuan dan harapan itu atas niat si pembaca. Ibnu Hajar al-‘Asqalani telah menyebut akan kelebihan bilangan ini sebagai iksir fi sababit ta`siir (pati ubat sebagai penyebab berlakunya kesan).
    Menurut kata ulama, sholawat ini adalah merupakan satu perbendaharaan daripada khazanah-khazanah Allah, dan bersholawat dengannya merupakan kunci-kunci pembuka segala khazanah-khazanah Allah yang dibukakan Allah bagi sesiapa yang mendawaminya serta dengannya seseorang boleh sampai kepada apa yang dikehendaki Allah s.w.t. Oleh itu silalah ikhwah semua merujuk kepada para ulama kita (ingat bukan ulama mereka kerana karang semuanya akan dibid`ahsesatkan) dan melihat akan karangan-karangan terdahulu seperti “Afdhalush Sholawat ‘ala Sayyidis Saadaat” karangan Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, “Jawahirul Mawhub” dan “Lam`atul Awrad” kedua-duanya karangan Tok Syaikh Wan ‘Ali Kutan al-Kelantani, “Khazinatul Asrar” karangan Syaikh Muhammad Haqqi an-Naazili dan lain-lain lagi. elok kita perbanyakkan sholawat, shollu ‘alan Nabiy. Barang siapa yang bersalawat akan mendapat shafaat nabi diakhirat kelak.

    Saya adalah org yg telah melakukan 4444x dan tamat dua kali kerana ditimpa satu bencana dan ditipu .hari ini saya dimudah dan bebas dari segala kepayahan dan bala .

    teruskan lah ceramah DS tapi lakukanlah yg membuat kita tegap mantap pergantungan pada Ilahi makhluk sudah tidak bisa membantu DSAI .Hanya Allah akan memperlihatkan satu keajaiban.

    salam perjuangan dari hamba Allah.(Murid Abah Anum )
    Wassalam .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s