Selamat menyambut hari Guru

Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi. Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan.

KEADILAN menghargai setiap detik dan pengorbanan guru yang selama ini bersungguh-sungguh memberikan khidmat yang terbaik. Justeru, komitmen KEADILAN ini telah kita nyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang telah dilancarkan baru-baru ini. Kemahiran guru akan terus dipertingkatkan dengan menyediakan ruang latihan yang luas untuk mereka mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta tahap profesionalisme mereka agar selaras dengan keperluan semasa. KEADILAN juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung.  

Semoga ilmu dan jasa guru-guru diberkati Allah kerana ilmu yang telah mereka curahkan itu akan berterusan selagi mana ianya diamalkan. Selamat Hari Guru, cikgu.

Dr Wan Azizah Wan Ismail.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s