Keadilan Daily : KEADILAN sasar tambahan 15 kerusi pada PRU-13

PETALING JAYA: KEADILAN mensasarkan penambahan 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selain mempertahankan 31 kerusi yang dikuasai semasa PRU 2008.
Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata, bagi menguasai kerusi sasaran tersebut, KEADILAN akan menguatkan jentera parti di pelbagai peringkat bagi menghadapi PRU-13.
“Kita sudah ada 31 kerusi untuk dipertahankan, tapi kita sudah ada 15 kerusi yang akan dirampas dalam PRU-13 nanti,” kata Mohd Rafizi ketika ditemubual Keadilandaily selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat semalam.
Menurut beliau, hasil perbincangan bersama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan semua wakil rakyat bersetuju memutuskan persediaan awal menawan PRU ke-13 dengan menguatkan gerak kerja yang mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini.
“Berdasarkan apa yang dibincangkan, kita mengenal pasti kaedah terbaik bagi mengekalkan momentum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke PRU supaya peningkatanundi terhadap KEADILAN tetap naik,”
“Kita akan beri tumpuan kepada gerak kerja yang akan bermula daripada bawah dengan menekankan aktiviti daripada akar umbi.
“Setiap kawasan yang sudah dipegang oleh KEADILAN akan mempergiatkan aktiviti dengan bantuan jentera yang diwakili Cabang dan Ranting. Wakil rakyatnya akan selalu turun berjumpa rakyat selain memperbanyakkan ceramah,” kata beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat EKonomi Selangor.
Selain itu, Rafizi memberitahu setiap aktiviti di semua kawasan akan diselaraskan supaya kegiatan dan program KEADILAN dapat direalisasikan dengan jayanya.
“Jadual disiapkan untuk setiap kawasan menjalankan aktiviti dan gerak kerja jentera dapat diselaraskan.

“Memandangkan jangkaan kita PRU ke-13 pada Julai depan, maka persediaan awal  perlu dilakukan bagi mengekalkan kerusi yang ada dan penambahan kerusi,” ujarnya.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

2 Responses to Keadilan Daily : KEADILAN sasar tambahan 15 kerusi pada PRU-13

  1. MOHD.NADZRI berkata:

    Dua perkara penting Pertama terus memberi penerangan mengenai isu semasa serta penyelesaian yang dapat di lakukan jika berjaya menawan Putra Jaya. Kedua memerhati strategi musuh terutama berkaitan perkara teknikal berkaitan pengundian termasuk pemantauan rapi pengundi di kawasan masing-masing. Daftar pengundi perlu disemak secara terperinci dan kenali semua mereka.Kenali mereka yang dijangka tidak keluar mengundi semasa PRU 12 dulu. Perlu ditubuh pemantau daftar secara sistematik di setiap kawasan Parlimen.

  2. BRUCEE LEE berkata:

    YA TERUSKAN PERJUANGAN BAGI KALAH UMNO DAN BN JANGAN BAGI PELUANG UNTUK MENANG KASIH GONDOL SEMUA KERUSI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s