KEADILAN Mengutuk Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kenyataan Media

3 April 2011

Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan saudara Kadir Hashim yang juga merupakan seorang OKU ( orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA). Ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu angkuh. Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).

Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri. Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan.

KEADILAN dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia. Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir.

 

Maka, KEADILAN dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. KEADILAN sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan.

Selamatkan Malaysia !!

Dr Wan Azizah Wan Ismail

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Kenyataan Media, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s