Pengarang Utusan akui harga barang keperluan harian melambung tinggi

KUALA LUMPUR: Seorang pengarang Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional (BN) mengakui harga barangan keperluan harian di negara ini mengalami kenaikan yang ‘melambung berkali-kali ganda’

Dalam artikel bertajuk ‘Kurangkanlah Cukai Pendapatan’ bertarikh 31 Mac lalu, Azman Anuar, seorang Pengarang Rencana Utusan Malaysia mengakui orang ramai khususnya suri rumah, merungut dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, harga makanan kegemaran orang Melayu melambung hampir sekali ganda dengan memberi contoh harga seikat pucuk ubi yang dulu hanya 50 sen, naik kepada RM1 manakala ayam daging naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM3.80 tiga atau empat tahun lalu.

Beliau juga memberi gambaran kerajaan Umno BN tidak berusaha ‘memperlahankan’ kenaikan harga barang walaupun belanjawan harian golongan pertengahan meningkat.

“Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

“Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu,” tulis Azman yang turut menganggap kenaikan harga rumah, sebagai ‘menakutkan’.

Beliau juga mencadangkan kerajaan Umno BN supaya menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu dan percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan pendapatan negara.

“Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah…” tulis beliau lagi.

Untuk paparan tulisan asal, klik ini.

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s