Ucapan penutup Konvensyen Pakatan Wanita Pulau Pinang “KEBANGKITAN WANITA MARTABATKAN PERUBAHAN”

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang dihormati, Pengerusi Konvensyen YB Chong Eng, Ketua Wanita PAS Pulau Pinang, Ustazah Rahmah, Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang Puan Norhayati, para perwakilan dan hadirin yang dikasihi.

Terima kasih kepada pihak penganjur Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang, ahli-ahli jawatan kuasa penggerak konvensyen ini, perwakilan-perwakilan dan semua yang hadir pada hari ini.

Hadirin yang dikasihi,

Kebangkitan wanita martabatkan perubahan!. Suatu fenomena yang cukup besar dan boleh digambarkan sebagai satu agen reformasi dalam pemberdayaan sosial. Demi mencapai hasrat wawasan dan matlamat , generasi pewaris untuk menerajui kepimpinan negara perlu dijana dengan budaya ilmu, disuntik dengan gejolak semangat yang dapat meningkatkan estim diri serta diterap dengan ciri-ciri pembentukan sahsiah yang menepati jati diri bangsa Malaysia secara total. Oleh itu penglibatan kaum wanita dalam aktiviti politik dan sosial tidak seharusnya kita pinggirkan.Menyedari hakikat inilah, kita berkumpul bagi sama-sama menjayakan Konvensyen Wanita ini.

Keutuhan serta kecemerlangan organisasi wanita ini sesungguhnya memerlukan satu acuan dan adunan yang merangkumi kemahiran berfikir, punyai keperibadian mulia serta pengorbanan ahli-ahli yang disokong oleh kepimpinan yang telus dan berwibawa. Apatah lagi nampaknya tendang terajang politik sudah jauh menyimpang dari santun kemanusiaan. Tenang adalah satu contoh nyata. Bagaimana tohmahan peribadi, fitnah dan asakan moral menjadi permainan pihak lawan tanpa ada sedikitpun rasa insaf bahawa politik sebenarnya satu perkara mulia yang mahu membawa kehidupan masa hadapan yang lebih terjamin.

Tohmahan terhadap sdr Anwar, saya seisi keluarga adalah contah terbaik dunia moden ini. Kami di gambarkan sehina hina keluarga. Saya selaku isteri dipalit sekali kononnya bersubahat melindungi kebathilan. Selaku isteri, saya yakin Puan-puan juga turut merasakan kepedihan yang kami lalui. Namun, bukan masanya untuk merintih; wanita negara ini harus diangkat paradigmanya dengan azam kita melahirkan satu pentadbiran yang benar-benar bersih. InsyaAllah kita akan mendapat kemenangan.

Hadirin sekalian,

Rasulullah SAW sangat menghormati wanita seperti Syifa’ binti Abdullah bin Syams bin Khalafal-Qurasyiyah. Beliau telah memeluk Islam sebelum peristiwa hijrah lagi dan bersama kaum Muhajirin lain berhijrah ke Madinah dalam kelompok pertama. Syifa’ merupakan seorang guru pertama yang mengajar umat Islam menulis dan ini membuktikan bahawa kaum wanita sebenarnya mempunyai peranan besar terhadap bangsa, negara dan agama seperti dibuktikan oleh Syifa’.Inilah satu contoh bagaimana umat Islam pada zaman Rasulullah termasuk golongan wanita bersama memainkan peranan dan bertanggungjawab melakukan kerja amal bakti dalam menegak syiar agama serta mengukuhkan kesepaduan ukhuwah. Kisah ini membongkar satu usaha komitmen jitu golongan wanita yang ingin membantu Nabi SAW serta berusaha mewujudkan kehidupan sosial yang dinamik khasnya dalam bidang pendidikan dan perubatan.

Puan-puan yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, bermaksud;

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat:13)

Begitulah, sesungguhnya wanita ini telah dicatatkan sebagai pengimbang dunia. Malah wanita hari ini telah berjaya mencorakkan satu perubahan di mana kita tidak lagi tertinggal dalam kelompok dibelakang zaman. Kita sudah mendepani zaman.

Hadirin Sekalian,

Saya yakin dan percaya bahawa apa yang telah dibentangkan oleh perwakilan hari ini, dapat membuka ruang untuk kita mencari peluang mengukuhkan kesepakatan dan kerjasama yang berterusan. Justeru, dalam rencana pemberdayaan wanita dalam faktor gender, ekonomi dan sosial mesti dipertingkatkan.  Semoga hari ini dapat menaikkan semula semangat kita semua untuk terus berjuang dan mengangkat martabat wanita sekuruhnya.

Tuan Puteri pergi ke Kedah; Pulang semula sebelah pagi

Kita beremu akhirnya berpisah; Diizin Tuhan bertemu kembali.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s