Ucapan di Konvensyen PKR Sabah.

Saya ingin merakamkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul pada hari ini melakar satu lagi sejarah bagi negeri Sabah dengan menganjurkan Konvensyen 2011.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen yang telah bekerja keras menjayakan konvensyen ini. Begitu juga dengan para pekerja sukarela, Ahli-ahli Majlis Presiden yang telah bersama-sama berganding bahu, tenaga dan buah fikiran di dalam menjayakan konvensyen kali ini.

Saya difahamkan Jawatankuasa telah bekerja siang dan malam untuk menyediakan pelan tindakan pelaksanaan konvensyen kali ini. Saya kira konvensyen ini begitu menjurus kepada gerakerja kita bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka tidak begitu lama lagi.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

Memang banyak yang parti kita telah lalui. Semangat yang naik-turun, tidak kurang juga rintangan. Tekanan dari segala sudut baik dari pihak kerajaan mahupun dari dalaman parti ada kalanya menyesakkan. Sebagai parti yang berbilang bangsa, kaum dan suku kaum, pastinya parti kita begitu meriah dengan pandangan dan idea. Alhamdulillah, sememangnya parti kita sentiasa merai pandangan meskipun dari kelompok kecil. Di sepanjang perjalanan kematangan tersebut, barang pasti akan ada keadaan dimana kita berhadapan dengan karenah pemimpin yang bersifat individu dan beremosi.

Justeru, ada di antaranya yang mengambil keputusan meninggalkan kita. Namun, masih begitu ramai yang masih kukuh iltizam mereka; tidak berganjak mahupun lemah semangat. Azam memperjuangkan hak keadilan untuk rakyat telah menjadikan sebahagian besar dari kita menganggap turun naik tersebut sebagai asam garam. Terbukti KEADILAN begitu sinonim dan berhubung rapat dengan kebebasan bergerak, bersuara dan berfikir. Justeru, walaupun berhadapan dengan pelbagai sengketa, hasutan dan adu domba, ianya telah menjadikan kita menjadi lebih dewasa dan matang berpolitik.

Dalam konteks perkongsian Sabah, Sarawak dan Semenanjung tumpuan harus diberikan kepada usaha menghormati dan memenuhi perjanjian semasa pembentukan Malaysia dan mengorak langkah ke arah “REFORMASI”. Satu benih pemikiran dan pemahaman yang harus di tanam di setiap jiwa rakyat Sabah khususnya Malaysia amnya. Kita tidak harus mendiamkan diri dan membiarkan cara bagaimana BN memerintah. Kita akan terus menekankan betapa kepercayaan, keyakinan, ketelusan dan keimanan memainkan fungsi utama dalam memangkinkan perjuangan kita supaya lebih menyerlah serta keinginan kehidupan yang lebih baik. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara ini dari terus ditadbir sewenangnya tanpa menghirau kepedulian kepada rakyat teramai.

Mendepani  PRU yang ke-13, kita mestilah menggembleng sepenuh kekuatan, tenaga dan mengukuhkan jentera pilihanraya  kerana pihak lawan akan menggunakan pelbagai cara serta tipu helah bagi memastikan keinginan Parti Keadilan Rakyat dalam Pakatan Rakyat memerintah akan terabai tetapi yang pastinya semangat dan keinginan setiap  rakyat Malaysia sedang menunggu dan tidak sabar mahu melihat kerajaan pemerintah yang bertanggunjawab.  Kita telah melihat bagaimana pihak lawan menggunakan sepenuh jentera dan kemudahan kerajaan bagi memastikan kemenangan di pihak mereka.

Keangkuhan Kerajaan BN mengumpamakan Sabah dan Sarawak sebagai “deposit tetap” adalah satu penghinaan melampau. Mana mungkin kita dianggap serupa dengan  “chattel” atau barang-barang yang boleh di tawar-menawar. diguna bila perlu di kesampingkan bila mereka di dalam kesenangan. Adakah BN mahu menggambarkan bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak secara langsungnya tidak mempunyai kebebasan bersuara mahupun daya untuk berfikir. Sedangkan Keadilan meletakkan Sabah dan Sarawak selaku rakan dalam perjuangan. Perkongsian (Sabah, Sarawak dan Semenanjung ) ini adalah tanggungjawab bersama di dalam membawa Perjanjian Malaysia menjadi realiti. Pakatan Rakyat merai perjanjian perkongsian yang telah ditabalkan di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 16th September 1963 dan  akan kita sama-sama bawa hingga ke Putrajaya. Rakan-rakan seperjuangan, inilah matlamat perjuangan Pakatan Rakyat.

Ini adalan peluang untuk kita membetulkan perkongsian Malaysia ini. Saya berdoa agar para pengundi kita tidak akan terlepas peluang keemasan merealisasikan tanggungjawab dan perkongsian ini yang mana telah diabaikan sekian lama akibat ketidak bertanggunjawaban pemimpin – peminpin yang hanya mempunyai kepentingan diri mereka sendiri. Mari kita menuju ke hadapan, perbetulkan apa yang salah. PRU-13 adalah satu-satunya peluang yang kita ada. Selamatkan Malaysia.

Tahniah, dan Kotohuadan

Dr Wan Azizah Wan Ismail

 

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s