Kemenangan BN Pembakar Semangat PR, Kata Azizah

PETALING JAYA 9 MAC : Kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kerdau dan Merlimau yang menjadi milik Barisan Nasional secara serentak pada pilihanraya kecil di kawasan itu tidak mendatangkan sebarang kegusaran kepada Pakatan Rakyat meskipun ia berlaku menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum ke-13.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hatta ia keputusan yang sudah diduga sejak awal lagi.

Namun ujarnya, ia sama tidak sama sekali mematahkan iltizam Pakatan Rakyat untuk terus mara ke hadapan sebaliknya dijadikan pembakar semangat untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak dan PRU akan datang.

” Kemenangan dua PRK ini pastinya menjadikan BN selesa dan memanggil PRU13 seawal mungkin. PR harus terus mendekati rakyat kerana kesejahteraan rakyat tidak memadai dengan gula-gula pilihanraya.

Menerusi kenyataan media sama, Azizah mengingatkan bahawa Pakatan Rakyat akan tampil dengan gerak kerja tersusun di semua peringkat yang akan dimulakan  sekarang demi memastikan proses transformasi menyuluruh berjaya direalisasikan di negara ini.

”  Apa-apapun, kita harapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan lebih telus dan bebas lantas mengizinkan sistem demokrasi di negara ini dilaksanakan sebaik mungkin. Amat penting untuk kita menyelamatkan negara demi kesejahteraan berpanjangan,”katanya lagi.

Beliau pada masa sama mengingatkan SPR mengambil sikap berkecuali serta peka dengan aduan-aduan yang diadukan oleh kedua-dua belah pihak secara adil dan  telus.

PRK Kerdau dan Merlimau menyaksikan seluruh jentera kerajaan diturunkan bagi membantu kelangsungan kempen Barisan Nasional.

Malah rakyat juga dijanjikan dengan gula-gula politik melampau.

Di DUN Merlimau, calon BN semalam berjaya menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS Yuhaizad Abdullah.

Manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat majoriti 2,724 mengalahkan calon PAS, Hasanuddin Salim.

Walaupun BN menang di beberapa kawasan pilihanraya kecil yang diadakan mutakhir ini, namun hakikat, parti itu baru sahaja berjaya menyamakan kedudukannya  dengan Pakatan Rakyat yang turut memperoleh 8 kemenangan pada pilihanraya kecil sepanjang 2008-2011.

Barisan Nasioanal yang berkempen atas tiket kerajaan pusat terpaksa menggunakan peruntukan besar dan pelbagai taktik demi meraih undi.

Justeru ucapan syabas tidak terhingga kata Azizah wajar diberikan kepada seluruh petugas Pakatan Rakyat yang terpaksa menongkah arus untuk berhadapan dengan
jentera BN.

“KEADILAN mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas PR yang terpaksa menongkah arus dengan berhadapan jentera gergasi BN. Apatah lagi seluruh jentera  kerajaan diguna sewenangnya. Media arus perdana pula kekal tempang dan begitu mudah diperkudakan,”katanya lagi.

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s