KEADILAN GESA SPRM BERSIKAP PROFESIONAL.

KEADILAN kesal bilamana SPRM sekali lagi membenarkan institusi mereka dipergunakan demi kepentingan politik murahan UMNO. Kalau dahulu mereka menggunakan isu lembu qurban sebagai alasan mengganggu gugat pentadbiran Selangor kini hasrat melaksanakan tanggungjawab sosial pula dijadikan sasaran.

Ternyata isu penggunaan wang Kerajaan Negeri Selangor yang dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Noh Omar itu sebenarnya adalah untuk mencari publisiti murahan. Pelik sekali apabila UMNO mahu memperjuangkan ketelusan dan urus tadbir sedang seluruh institusi kerajaan persekutuan begitu pincang.

Kenyataan jujur Tan Sri Khalid jelas menunjukkan bahawa ketelusan dan keperihatinan beliau dalam memikul tugas yang diamanahkan itu semata-mata untuk kebaikan semua. Tidak menjadi kerugian pada kerajaan negeri untuk mengundang rakyat dari Sabah dan Sarawak ke negeri Selangor bagi menyemarakkan semangat demokrasi di negara ini. Biar warga Penan, Murut, Melanau dan suku-suku lain melihat sendiri bagaimana tadbirurus yang boleh dijadikan model dan garis panduan di tempat mereka. Ini akan memberi mereka semangat untuk melakukan perubahan dari segi pengurusan, infrastruktur awam, pendidikan dan program-program kerohanian serta kebudayaan.

Malah, banyak yang telah dilaksanakan oleh Tan Sri Khalid untuk mengukuhkan dan menyelamatkan struktur kewangan dan perbelanjaan negeri. Antaranya ialah isu pembelian dan pengurusan air. Tindakan ini telah dapat menyelamatkan aset air Selangor bernilai melebihi RM10 bilion dan Kerajaan Selangor masih mampu meneruskan skim pemberian air percuma. Aneh, masih ada yang cuba mempertikai ketelusan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

SPRM sepatutnya bertindak dengan profesional; menilai dan menyiasat setiap dakwaan tanpa ada unsur “niat jahat”. Bukan bertindak semata-mata memenuhi kepentingan pihak tertentu. Inilah yang Pakatan Rakyat jelaskan dalam Buku Jingga bahawa reformasi menyeluruh institusi-institusi penting terutamanya SPRM wajib dipulihkan dan dikembalikan kewibawaannya.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

 

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Kenyataan Media, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s