Perutusan Selamat Hari Wanita

Tanggal 8 Mac setiap tahun merupakan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Sedunia. Dan tahun 2011, sambutan ini mencatat ulangtahun yang ke-100. Tema sambutan tahun ini ialah “Akses Setara Untuk Pendidikan, Latihan, Sains dan Teknologi: Laluan Menuju Kerjaya Yang Sesuai Untuk Wanita.”

Dasawarsa ini menjanjikan satu cabaran yang bukan sedikit buat golongan wanita. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita kini setara dengan apa yang dihadapi oleh golongan lelaki. Cabaran yang pelbagai ini sama sekali tidak menafikan ruang dan peranan golongan wanita untuk sama-sama mendepani arus dan rintangan.

Sirah Islami membuktikan bagaimana Khaulah al-Azwar, seorang wanita yang kompeten mendapat kepercayaan Rasulullah SAW untuk memimpin bala tentera wanita di dalam pertempuran yang melibatkan tentera Islam. Malah Khaulah juga memainkan peranan penting di dalam Perang Yarmuk, dengan kehandalan beliau menunggang kuda, bermain pedang dan bertempur menggunakan tombak.

Jika dilihat, jarang sekali sisi seumpama ini diketengahkan khususnya dalam konteks mengupaya kebolehan wanita untuk mendepani cabaran. Demikianlah halnya jika diterjemah di dalam era sekarang, kepentingan wanita untuk terus menguasai keupayaan modal insan untuk terus mendepani cabaran.

Dunia hari ini menyaksikan keperluan pembangunan modal insan dan penguasaan ilmu menjadi mekanisme terpenting untuk menjamin kelangsungan masyarakat khususnya wanita untuk menyumbang ke arah kesejahteraan dunia.

Rentetan itu KEADILAN dan Pakatan Rakyat komited dengan usaha dan insiatif untuk memberdaya golongan wanita khususnya di dalam pembangunan modal insan dan penguasaan ilmu. Ini diperincikan dengan komprehensif di dalam Agenda Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga dimana Pakatan Rakyat komited untuk memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita ke tahap 60 peratus dalam tempoh 10 tahun berbanding 46 peratus sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

Pemberdayaan wanita sebagai aset pembangunan manusiawi negara tidak wajar sekadar dinukil di dalam dasar dan polisi kerajaan semata-mata, sebaliknya ia harus diterjemah melalui pelaksanaan yang konsisten dan komprehensif. Dan inilah komitmen KEADILAN dan Pakatan Rakyat, memperkemaskan kelangsungan wanita sebagai ejen pembangunan manusiawi sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini.

Komitmen ini bukan mainan, sebaliknya ia adalah pemula dan pelengkap kepada usaha merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang adil dan demokratik.

Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kelompok dan golongan wanita Malaysia.

Dr. Wan Azizah Wan Ismail

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Antarabangsa, Demokrasi, Kenyataan Media, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s