Gagal peroleh kebenaran: Pendakwa perlu hentikan pendakwaan – Anwar

Dari Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menetapkan bahawa bukti yang diambil daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim diperolehi secara penipuan dan muslihat serta tidak boleh diterima dalam
perbicaraan Fitnah II seharusnya menyebabkan pihak pendakwa menghentikan
pedakwaan mereka.

“Syukur Alhamdulillah keputusan hakim menolak cara tekanan dan penipuan
serta muslihat yang tidak mengikut peraturan (yang digunakan polis untuk
mendapat bukti).

“(Namun),ia agak sukar untuk difahami kenapa pendakwa mahu meneruskan
perbicaraan jika hakim menetapkan barang-barang tersebut diperolehi
secara tidak sah dan penahanan saya tidak mengikut undang-undang,” kata
Ketua Umum KEADILAN itu kepada pemberita di luar mahkamah selepas hakim
menolak tiga bahan untuk dijadikan sebagai bukti oleh pihak pendakwa
pagi tadi.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memutuskan tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan
berus gigi yang diambil daripada Anwar sewaktu beliau ditahan pada 16
Julai 2008 diperolehi polis secara tipu helah dan tidak menurut undang-
undang.

Justeru, kata beliau, sebarang bukti yang berkaitan dengan barang
tersebut perlu ditolak dan tidak digunapakai di mahkamah.

“Kesemua barang itu diperolehi melalui cara yang tidak adil. (Jadi)
Kesemua barang tersebut serta apa-apa barang berkaitan dengannya perlu
dikecualikan daripada kes ini,” kata Mohamad Zabidin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan hari ini yang menetapkan
barang-barang tersebut diperolehi secara tidak sah juga mengesahkan
bahawa kes ini bermotifkan politik.

“Keputusan hari ini memberikan ketetapan bahawa kes ini dirancang dengan
bermotifkan lain selain daripada undang-undang,” kata Anwar.

Selesai bicara-dalam-perbicaraan hari ini, perbicaraan penuh Fitnah II
diteruskan seperti biasa esok pada jam 9.00 pagi.

Meneruskan hujah mereka, pasukan peguam bela akan membuktikan wujudnya
keraguan pada cara profail DNA diperoleh dan dianalisa, kata Anwar.

“Berkenaan DNA, kita akan terus pertikaikan kerana spesimen diambil pada
26 (Julai 2008) sedangkan pemeriksaan perubatan berlangsung pada 28 (Jun
2008),” jelas beliau.

Kes Fitnah II cuba untuk sekali lagi mensabitkan Anwar dengan rekaan
pertuduhan liwat seperti pada tahun 1998.

Wayang yang sama diulang tayang selepas Anwar berjaya memimpin Pakatan
Rakyat menawan lima buah negeri dalam pilihan raya umum 2008.

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s