Sidang Parlimen bermula hari ini tanpa Ketua Pembangkang

Dari Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat di Parlimen bermula hari ini tanpa kelibat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung enam bulan tanpa dibenar membela diri.

Ketua Umum KEADILAN itu digantung selepas membuat pendedahan berkaitan peranan Apco Worldwide dan kaitannya serta persamaan slogan Satu Malaysia dan One Israel.

Turut digantung ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, semuanya digantung tanpa sebarang perbahasan.

Baru-baru ini, Anwar pada satu ceramah pilihan raya kecil di Merlimau, mendedahkan dokumen perjanjian antara Apco dan kerajaan Israel pada 1991.

One Israel diperkenal pada 1999 ketika Israel diterajui Ehud Barrack manakala Satu Malaysia diperkenal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

Antara persamaan ketara kedua-dua slogan itu ialah One Israel membawa tema People First manakala Satu Malaysia (Rakyat Didahulukan), selain mengadakan klinik percuma kepada rakyat Israel manakakala Malaysia memperkenal klinik Satu Malaysia.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia  hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s