Mengapa Anwar Ibrahim Dibicarakan?

Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras. Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan.

Pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara. Reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun. Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka. Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali.

Adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka. Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau. Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa. Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah.

Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim. Rakyat cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang. Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji. Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.

Tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama. Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

===

WHY ANWAR IBRAHIM IS IN THE DOCK

The reason why Anwar Ibrahim now sits daily in the dock of the Kuala Lumpur High Court undergoing trial on a criminal charge is obvious to any thinking person. Anwar tried to set in train a series of fundamental changes to the way this country is being administered and to our national political discourse. These changes would almost certainly have rendered the Barisan Nasional (BN) government irrelevant and eventually driven them from power.

It is of no matter to the BN government and its leaders that these changes are supremely beneficial to the people. It is only their own political survival that matters to them. Upon this survival they are obsessively fixated, to the utter exclusion of what is good for the country. Anwar’s reforms would have driven out economic mismanagement and wasteful corruption and cronyism; freed from political control institutions that were meant to be independent; and returned to us the political freedoms wrested away by the BN government over the course of 50 long years. The BN’s structures, imperatives and personalities make it virtually impossible for them to embrace reform and to redeem themselves. And so they tighten their debilitating grip on a country that is struggling to move forward towards freedom and prosperity for all, and use underhand means to strike down anyone fighting to return power to the people. Thus, Anwar sits daily in a hard angular dock, and the nation’s fate hangs in balance.

It is nothing new for intolerant regimes to organize trumped-up charges against political opponents. In the 1930s, Stalin engineered a series of show trials which disposed of all those who posed any kind of threat to his power. In 1995 Ken Saro Wiwa, a highly respected critic of the Nigerian government was tried on fabricated charges by a military tribunal and executed despite international condemnation. In 2009 Burmese democracy icon Aung San Suu Kyi was sentenced to 3 years of hard labour in prison after a sham trial on a ridiculous charge of having broken house arrest. Brave Chinese dissidents such as Nobel peace laureate Liu Xiaobo are regularly prosecuted in the communist regime’s unrighteous courts and given long prison sentences.

It is in this revolting tradition that the Barisan Nasional government now carries on the judicial persecution and show trial of Anwar Ibrahim. It fools no one that this hounding of Anwar Ibrahim is clothed and camouflaged by a debased type of formal legal process.

As the chief instrument of this persecution, the office of the Attorney General must be comprehensively reformed, and his untrammelled powers must be checked by far-reaching legislative reforms. The higher police authorities and the government must be held accountable for the outrage done to the course of public justice and for the sheer waste of public funds necessitated by these proceedings.

No nation struggling to a new birth of Freedom can be held down for long. The road may be long and hard, but I call upon the people of our great nation to stay the course and see things through. We owe this to ourselves and to the generations to come.

N SURENDRAN
VICE-PRESIDENT
PARTI KEADILAN RAKYAT

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s