Pelancaran Buku Jingga peringkat Negeri Selangor.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi terus bersama-sama dalam arus perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kerana kita sama-sama dapat bersatu dan berhimpun dalam arena perubahan dan kesedaran demi Malaysia yang kita cintai.

Demokrasi adalah hak asasi kita sebagai rakyat Malaysia yang mahu melihat proses penyuburan dan kepedulian rakyat ditangani dengan tatakelola yang baik. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pemimpin yang dipilih memikul tanggungjawab dan amanah yang mesti dijalankan dengan adil. Segala kecuaian dan aktiviti-aktiviti pembaziran mesti dibenteras bersama demi kebaikan rakyat dan negara. Kerana pembaziran itu adalah jawan Syaitan seperti yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dalam surah Al-Israk ayat ke 27 yang bermaksud “Sesungguhnya orang yang membazir ituadalah saudara Syaitan”.

Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara bertekad dalam menyusun atur program transformasi dan reformasi agar matlamat dan kebaikkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan itu dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tanpa membatasi etnik ,bahasa dan perbedaan budaya. Maka Pakatan Rakyat telah berikrar dalam Dasar Bersama yang menjadi paksi kesepakatan dan dasar ini adalah iltizam kami untuk mengalih hala tuju Negara dan bangsa ke landasan yang betul.

Asas-asas yang dijelaskan dalam Dasar Bersama adalah:-

1.    Memartabatkan dan menyuburkan demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.

2.    Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mapan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

3.    Keadilan sosial yang menjamin pembangunan insan secara menyeluruh

4.    Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara yang adil-setara.

Selain itu, Pakatan Rakyat telah tekankan bahawa, Perkara 152, Perkara 153 dan juga insititusi Raja berpelembagaan akan terus dipertahankan dan dimartabatkan. Inilah kesepakatan yang Pakatan Rakyat persetujui dan memberi jaminan sepenuhnya bahawa ketiga-tiga perkara ini tidak akan disentuh atau dicabar. Justeru, sewajarnya kita mesti bersama-sama terus teguh dan komited mempertahankan prinsip perjuangan dalam kita merencana untuk mengambil alih teraju pentadbiran di Putrajaya selepas pilihanraya umum yang akan datang nanti.

Menerajui Negara adalah suatu cita-cita, tetapi  untuk memastikan pengurusan dapat dilaksanakan dengan baik adalah satu cabaran besar bagi kita. Oleh itu Pakatan Rakyat juga telah merangka strategi untuk melaksanakan reformasi menyeluruh dalam aspek tatakelola dan pengurusan Negara. Ini merangkumi ruang pendidikan dan ekonomi.

Dalam rangka kita berusaha untuk mentadbir Negara, Pakatan Rakyat bersetuju untuk melaksanakan progam 100 hari sekiranya kita diberi mandat penuh untuk mengurus kerajaan Malaysia.

Pakatan Rakyat bertekad untuk mereformasikan institusi penting Negara terutamanya SPR agar dapat memberi ruang kepada semua parti politik  secara adil dan berkesan. Badan-badan lain seperti SPRM, Pejabat Peguam Negara, unit-unit keselamatan akan diletakkan dibwah bidang kuasa Parlimen. Pakatan Rakyat juga akan terus mendesak untuk memansuhkan ISA yang membelakangi hak-hak asasi manusia serta menzalimi diri mangsa dan keluarga. Seterusnya menghapuskan tol-tol dilebuhraya yang antaranya penyumbang kesesakan lalulintas, merencatkan ekonomi keluarga dan pencemaran udara asap-asap kenderaan. Mengkaji struktur gaji kakitangan awam seta memartabatkan para pendidik,member sumbangan RM1000 setahun kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Kita juga akan mengambil alih pengurusan air yang mana sedikit sebanyak akan dapat membantu kedudukan kewangan keluarga dan masyarakat. Mempromosikan teknologo agar rakyat dapat bergerak seiring dengan teknologi serta bermaklumat, oleh itu perkhidmatan Wi-Fi secara percuma akan dilaksanakan. Membantu urusan-urusan di Felda seperti proses tanaman semula, menaikkan royalti minyak di negeri yang terlibat terutamanya Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sebanyak 20%.

Dan juga akan menubuhkan dengan segera Suruhan Diraja untuk  memastikan isu-isu seperti kebanjiran pendatang tanpa izin, skandal rasuah seperti isu PKFZ dan kelesapan saham-saham bumiputera yang mencecah RM52 bilion dapat ditangani dan diselesaikan dengan professional dan berwibawa tanpa campur tangan mereka-mereka yang berkepentingan dalam organisasi tertentu.

Apa yang telah dirungkaikan dalam Buku Jingga adalah fakta dan sesuatu yang perlu disebarluaskan secara menyeluruh. Kita mahu rakyat peroleh akses yang benar dan tepat bukan dari golongon-golongan yang gemar menciplak dan meniru semata-mata untuk menarik perhatian rakyat jelata.

Dengan berbekalkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, marilah kita berganding tenaga untuk memastikan perencanaan dan matlamat yang kita sasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat kita laksanakan. Semoga,pelancaran Buku Jingga ini dapat mengembalikan semula semangat perjuangan kita untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.Oleh itu saya menyeru kepada semua, “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!”

Dr Wan Azizah Wan Ismail

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, Ekonomi, KEADILAN, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s