Pemerintah zalim pasti berdepan kebangkitan rakyat

Dari Keadilan Daily.

PHONM PENH: Kerajaan rantau Asia yang dipimpin rejim autokratik bakal berdepan kebangkitan rakyat jika enggan melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap sistem yang menindas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, reformasi mesti melibatkan institusi kehakiman, kebebasan media dan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau memberi contoh negara tertentu yang menyaksikan pemerintah memperalat media dengan meniup sentimen perkauman demi mempertahan kepentingan politik.

“Di tengah-tengah penindasan ini, kita lihat pemimpin kerajaan ghairah mencari sokongan walaupun dengan cara meniupkan api perkauman yang menggugat kestabilan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum Kebangkitan Asia anjuran bersama Yayasan Keamanan Sasakawa dan Institut Kajian Dasar (IKD) di Phonm Penh, Kemboja semalam.

Anwar turut mengecam pemerintah yang mencabul kebebasan rakyat dengan memusatkan segala kuasa pada mereka sahaja.

“Anggapan sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia institusi berwibawa, bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,” katanya.

Beliau menyifatkan Jepun, India dan terbaru, Indonesia sebagai pengamal sistem demokrasi yang rancak manakala kebanyakan negara Asia lain terus dibelit pemerintahan kuku besi.

“Sesebuah badan kehakiman yang tercemar akan membawa negara ke ambang kehancuran. Ia akan membawa kepada kegagalan secara terancang proses keadilan di negara itu,” katanya.

Anwar kesal kerana sesetengah pemimpin Asia terus Ingkar dalam menghayati mesej yang dibawa menerusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

“Kita harus ingatkan pemimpin autokrat yang angkuh ini, lambat laun mereka akan bayar harga yang tinggi kerana menolak suara rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi.

“Rakyat mahukan keadilan sosial, kebertanggungjawaban untuk membanteras rasuah, urus tadbir telus dan pemberdayaan politik,” katanya

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Antarabangsa, Demokrasi, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s